Images
  • Shamsul
    Shamsul Ghau Ghau. (Gambar: Shamsul Ghau Ghau/Instagram)

Shamsul 'Ghau Ghau' ditauliah sebagai guru ngaji

MALAYSIA: Pelakon dan pelawak Malaysia yang dikenali sebagai Shamsul 'Ghau Ghau', baru-baru ini menerima pentauliahan untuk menjadi seorang guru ngaji.

Dalam catatan di laman Instagram pada Rabu (17 Apr), Shamsul, atau nama sebenarnya Shamsul Azahar Aliddin, memuat naik kad tauliah oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mengesahkan beliau bertauliah mengajar ngaji al-Quran sehingga Disember 2022.

Shamsul, yang menggelarkan dirinya sebagai Pak Su, menulis ringkas: "Ucapan terima kasih kepada semua guru-guru yang mendidik Pak Su ... Ini bukti kepada kawan-kawan untuk kembali belajar dan membaca Al-Quran."

Ini sebenarnya bukan kali pertama beliau menerima pentauliahan berkaitan dengan ilmu agama.

Pada Januari 2018, media melaporkan Shamsul menerima tauliah untuk mengajar kelas agama, juga di Selangor.

Ketika itu, mStar Online menukil selebriti itu sebagai berkata meskipun mendapat pentauliahan tersebut, beliau masih aktif dalam bidang lakonan.

"Industri seni ini merupakan sumber pendapatan saya dan kerana itu saya tidak boleh nak berhenti menjadi seorang pelakon," katanya kepada mStar.

- BERITAmediacorp/Agensi berita/TQ/tq

Top