Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Shah Rukh Khan, Will Smith serikan acara amal online COVID-19 untuk India

'Raja Bollywood' India Shah Rukh Khan membuat lawak jenaka dan bernyanyi untuk peminatnya pada Ahad (3 Mei) semasa satu inisiatif online selama lima jam untuk mengumpulkan dana bagi golongan terjejas akibat COVID-19. 

Anggaran Waktu Membaca:
Shah Rukh Khan, Will Smith serikan acara amal online COVID-19 untuk India

Seorang wanita menyaksikan pelakon Will Smith berucap dalam konsert online live 'I For India' pada 3 Mei 2020. (Gambar: Jewel Samad/AFP)

Diterbitkan : 04 May 2020 10:21AM Dikemas Kini : 04 May 2020 10:23AM

NEW DELHI: 'Raja Bollywood' India Shah Rukh Khan membuat lawak jenaka dan bernyanyi untuk peminatnya pada Ahad (3 Mei) semasa satu inisiatif online selama lima jam untuk mengumpulkan dana bagi golongan terjejas akibat COVID-19.

Puluhan ribu penonton menyaksikan lebih 70 selebriti bernama besar di negara itu - termasuk kapten kriket Virat Kohli dan pelakon Shah Rukh Khan - serta selebriti antarabangsa seperti pelakon Will Smith serta legenda rok Mick Jagger dalam rancangan "I for India" yang disiarkan di Facebook.

"Saya boleh, saya akan dan saya mesti membantu," kata Shah Rukh Khan setelah mendendangkan lagu ceria dan lucu tentang bagaimana "semuanya akan baik-baik sahaja" berikutan krisis yang membawa maut itu.

Jagger dan Smith bercakap tentang perjuangan pekerja asing luar bandar, kebanyakan daripada mereka yang kehilangan pekerjaan dan kelaparan semasa sekatan pergerakan yang masih dikuatkuasakan di seluruh negara itu sejak lewat Mac.

"Mereka mungkin kehilangan pekerjaan mereka, mereka mungkin kehilangan rumah mereka. Mereka dan keluarga mereka mungkin kelaparan. Oleh itu saya meminta anda untuk menderma. Tolong berikan apa yang anda mampu," rayu Jagger.

Pelakon-pelakon terkenal Bollywood termasuk Priyanka Chopra Jonas dan Hrithik Roshan bersama-sama koir tempatan serta kanak-kanak bernyanyi atau bercakap dalam Bahasa Inggeris dan Hindi tentang usaha mengumpulkan wang bagi mereka yang memerlukan.

Selebriti-selebriti lain menemu ramah doktor dan pakar mengenai virus itu serta bagaimana pekerja kesihatan menangani tugasan di barisan hadapan bagi melawan pandemik tersebut.

Dianjurkan oleh dua pengarah Bollywood, Karan Johar dan Zoya Akhtar, acara itu mengutip 37.5 juta rupee (S$700,000) sejauh ini. Sasarannya adalah untuk mengumpulkan 60 juta rupee.

Setiap rupee yang didermakan akan dipadankan dengan nilai setara oleh kumpulan-kumpulan dermawan besar termasuk Yayasan Bill & Melinda Gates, menurut pihak penganjur.

TIADA PEKERJAAN, TIADA TEMPAT TEDUH

Dana itu akan didermakan kepada lebih 100 kumpulan yang menyediakan makanan serta khidmat penting lain semasa krisis COVID-19.

Penganjur konsert itu menyatakan wang tersebut diperlukan "bagi mereka yang tidak ada pekerjaan dan tiada rumah serta tidak tahu dari mana akan mendapatkan makanan mereka seterusnya."

India, negara dengan jumlah penduduk kedua terbesar di dunia iaitu seramai 1.3 bilion, pada lewat Ahad melaporkan lebih 40,000 kes penyakit berjangkit itu dan 1,306 kematian.

Pemerintah menganggap batasan pergerakan selama beberapa minggu bertujuan untuk menghadkan penularan COVID-19 telah berhasil tetapi jumlah kes harian baru terus meningkat perlahan-lahan dengan para pakar meminta lebih banyak lagi ujian virus korona dijalankan.

Batasan pergerakan itu dilanjutkan buat dua minggu pada Jumaat tetapi beberapa sekatan dijangka dilonggarkan mulai Isnin (4 Mei) di kawasan-kawasan dengan kes COVID-19 yang lebih rendah.  

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan