Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

#Sesungguhnya2019 saksikan gabungan Alif Satar dengan Raihan

Jika anda sudah mula belajar sesebuah lagu itu sejak berusia enam tahun, pastinya anda akan berasa teruja dapat bergabung dengan penyanyi kepada lagu tersebut sekitar 25 tahun kemudian.

Anggaran Waktu Membaca:
#Sesungguhnya2019 saksikan gabungan Alif Satar dengan Raihan

Alif Satar bergabung dengan Raihan bagi #Sesungguhnya2019. (Gambar: Petikan skrin dari Youtube)

Diterbitkan : 11 May 2019 10:47AM Dikemas Kini : 11 May 2019 10:55AM

KUALA LUMPUR: Jika anda sudah mula belajar sesebuah lagu itu sejak berusia enam tahun, pastinya anda akan berasa teruja dapat bergabung dengan penyanyi kepada lagu tersebut sekitar 25 tahun kemudian.

Inilah yang dialami penyanyi Alif Satar yang berpeluang bekerjasama dengan kumpulan nasyid Raihan, menerusi lagu 'cover' berjudul #Sesungguhnya2019.

"Bagi saya, ia merupakan impian kanak-kanak yang tercapai.

"Saya minat kumpulan Raihan sejak berusia enam tahun, ibu bapa saya yang melanjutkan pelajaran saya di London ketika itu turut membawa kaset lagu Raihan.

"Sepanjang empat tahun di sana, saya menyanyi dan menghafal lagu-lagu Raihan," kongsi Alif Satar kepada mStar.

Malah, sewaktu lagu asal Sesungguhnya dirakam, Alif baru sahaja menginjak tujuh tahun.

Oleh itu, penyanyi 29 tahun itu tentunya akan merebut peluang keemasan untuk berganding dengan Raihan.

(Gambar: Petikan skrin dari Youtube)

Dalam nukilan mStar, kumpulan Raihan berkata: "Ia bagaikan bulan jatuh ke riba keran Alif merupakan artis muda yang mempunyai imej bersih dan sesuai untuk berduet sama.

"Keterujaan Alif membuatkan Raihan amat berbesar hati untuk digandingkan bersama-sama dalam lagu ini."

Lagu Sesungguhnya diberi nafas baru untuk menepati citarasa masa kini, menurut mStar. 

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan