Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Serah simpanan hasil karya P. Ramlee kepada Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya

Orang ramai yang menyimpan hasil karya seniman agung Allahyarham P. Ramlee disaran supaya menyerahkannya kepada Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC).

Anggaran Waktu Membaca:
Serah simpanan hasil karya P. Ramlee kepada Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya

Seniman agung, Allahyarham P. Ramlee. (Gambar: @quickieofficial/Facebook)

Diterbitkan : 23 Apr 2019 11:10PM Dikemas Kini : 23 Apr 2019 11:12PM

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang menyimpan hasil karya seniman agung Allahyarham P. Ramlee disaran supaya menyerahkannya kepada Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC).

Ketua Setiausaha kementerian berkenaan Encik Isham Ishak berkata ia bagi memastikan khazanah negara tersebut dapat terus dipelihara untuk dijadikan koleksi seni dan warisan negara.

“Jika mana-mana ahli keluarga atau orang ramai yang menyimpan hasil karya Allahyarham P. Ramlee dari nenek moyang mereka, kita harap dapat maklumkan kepada kami.

“Kalau mereka simpan sendiri, ia mungkin tidak terjaga jadi berikan kepada kami (kementerian), perpustakan, Jabatan Warisan Negara atau muzium supaya dapat diperbaiki keadaan karya itu jika ada kerosakan dan seterusnya dijaga dengan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian program ‘Jom Baca Bersama Untuk 10 minit Peringkat Kebangsaan 2019’, hari ini (23 Apr).

Semalam, menteri berkenaan Encik Mohamaddin Ketapi berkata kementerian menerusi Jabatan Warisan Negara mengisytihar sebanyak 255 butiran melibatkan pelbagai kategori sebagai Warisan Kebangsaan.

Katanya, sebanyak 149 daripada jumlah butiran itu adalah hasil karya Allahyarham P. Ramlee termasuk gubahan lagu serta dua trofi yang dimenanginya di Festival Filem Asia Pasifik (APFF) iaitu Anugerah Filem Komedi Terbaik untuk filem ‘Madu Tiga’ pada 1964 dan Anugerah Seniman Serba Boleh pada 1965.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan