Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Selepas Fattah, giliran Fazura pula menang anugerah keusahawanan

Pelakon Malaysia Nur Fazura menerima Anugerah 'Jenama Fesyen Paling Berpotensi' serta 'Pasangan Usahawan Selebriti Tahun 2018' bersama suaminya, Fattah Amin.

Anggaran Waktu Membaca:
Selepas Fattah, giliran Fazura pula menang anugerah keusahawanan

Pelakon Malaysia Nur Fazura menerima Anugerah 'Jenama Fesyen Paling Berpotensi' serta 'Pasangan Usahawan Selebriti Tahun 2018'. (Gambar: @missfazura/Instagram)

Diterbitkan : 20 Nov 2018 12:41PM Dikemas Kini : 20 Nov 2018 12:47PM

KUALA LUMPUR: Pelakon Malaysia Nur Fazura menerima Anugerah 'Jenama Fesyen Paling Berpotensi' serta 'Pasangan Usahawan Selebriti Tahun 2018' bersama suaminya, Fattah Amin.

Berita gembira itu dikongsi oleh Fazura menerusi catatan di Instagramnya, menurut Astro Awani.

Fazura melahirkan rasa syukur dengan penghargaan yang diterima beliau. Fazura turut mengucapkan terima kasih kepada rakan serta para peminat yang sentiasa memberi sokongan terhadapnya.

Astro Awani menukil beliau sebagai berkata: "Saya berasa rendah diri untuk menerima dua anugerah ini, ia menjadi satu motivasi kepada saya dan Fattah untuk berusaha lebih keras mencapai kejayaan."

View this post on Instagram

It has been a long journey for me in the entertainment industry both in Malaysia , Indonesia and beyond. I have learned a lot throughout all these years as an actress and humbled by the numerous awards, including as Best Actress during the 27th Malaysia Film Festival. In the last few years, I ventured out of my comfort zones and tried my luck as a singer. Something that initially started as a curiosity has blossomed into a few singles and my first album “Fazura” as well as collaboration opportunities with other significantly talented singers who had inspired me. Today, I am still learning to improve myself both as an actress and a singer. Although I am interested in business, I am certainly a late bloomer due to my primary commitments in the entertainment industry. I am fortunate as there were many who taught me and supported me along the way including my brother and business partner, @fhaeez . Being recognised as among “The 100 Most Influential Young Entrepreneur” two years ago had encouraged me to go forward. Recently, I am humbled to receive two recognitions during the SME & Entrepreneurship Business Awards (SEBA) 2018, winning “The Most Promising Fashion Brand” and “Celebrity Entrepreneur Couple of the Year” from MyPreneurship. The sweetest part of the recognitions is that for the latter award, my husband and I won it as a couple. It’s both a recognition and an encouragement for us to achieve more in the future, together as husband and wife, the sweetness in life that only married couples could appreciate. That is the biggest award of all. We still have a long way to go and we are forever grateful to our families, friends and fans who are always there for us. We will give our best in what we put our hearts into, InsyaAllah with all your love and support. Thank you. ����❤️

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

"Perjalanan kami masih panjang dan masih banyak perkara yang perlu dipelajari. Kami bersyukur kerana mempunyai rakan dan peminat yang setia menyokong kami," kata Fazura seperti dipetik Astro Awani.

Para peminat Fazura juga mengucapkan tahniah kepadanya dan mendoakan agar beliau terus mencapai kejayaan pada masa akan datang. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan