Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Selebriti lelaki ditahan; disyaki terlibat kes pemerdagangan manusia

Polis menahan seorang selebriti lelaki berusia 40-an tahun menyusuli satu sekatan jalan raya selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks.

Anggaran Waktu Membaca:
Selebriti lelaki ditahan; disyaki terlibat kes pemerdagangan manusia

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 03 Aug 2021 09:22PM Dikemas Kini : 03 Aug 2021 09:40PM

SEREMBAN: Polis menahan seorang selebriti lelaki berusia 40-an tahun menyusuli satu sekatan jalan raya selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Amran Mohd Ghani berkata menyusuli penangkapan itu, pihaknya berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau di sebuah bilik hotel di Kuala Pilah, kira-kira pukul 10.00 pagi.

Menurutnya lagi, polis turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Axia, beberapa bungkus kondom, sejumlah wang tunai dan empat telefon bimbit semasa penangkapan berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

“Mangsa yang diselamatkan telah mendapat perintah perlindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini (3 Ogos).

Tambahnya, lelaki itu kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) selama empat hari bermula Ahad lalu (1 Ogos).

Beliau berkata lelaki itu juga dikenakan kompaun atas kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan).

“Siasatan lanjut berkaitan kes ini diteruskan bagi mengenal pasti rangkaian kegiatan pemerdagangan orang ini,” katanya lagi.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan