Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Selebriti disyaki terlibat kes pemerdagangan manusia bebas dengan ikat jamin

Selebriti lelaki yang ditahan pada Ahad lalu kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia, dibebaskan dengan jaminan polis semalam (3 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Selebriti disyaki terlibat kes pemerdagangan manusia bebas dengan ikat jamin

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 04 Aug 2021 07:41PM Dikemas Kini : 04 Aug 2021 07:47PM

SEREMBAN: Selebriti lelaki yang ditahan pada Ahad lalu kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia, dibebaskan dengan jaminan polis semalam (3 Ogos).

Perkara itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan, ACP Ramlan Abdul Razak ketika dihubungi Bernama hari ini (4 Ogos).

“Kami dah bagi jamin semalam, bagaimanapun kes ini masih dalam siasatan,” katanya.

Semalam, media tempatan melaporkan selebriti lelaki berusia 40-an itu ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks, dalam satu sekatan jalan raya di sekitar Malaysia.

Menyusuli penangkapan berkenaan, polis turut menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau di sebuah bilik hotel di Kuala Pilah dan mendapat perintah perlindungan sementara untuk ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Lelaki itu turut dikenakan kompaun atas kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan