Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

SEKILAS DUNIA HIBURAN: Mendiang Amy Winehouse akan kembali ke pentas sebagai 'hologram'

BERITAmediacorp: Daripada Amy Winehouse, kepada poster filem paling mahal di dunia. Ayuh ikuti sekilas berita hiburan dalam cuplikan berikut:

Anggaran Waktu Membaca:
SEKILAS DUNIA HIBURAN: Mendiang Amy Winehouse akan kembali ke pentas sebagai 'hologram'

Amy Winehouse. (Gambar: amywinehousethebest/Instagram)

Diterbitkan : 12 Oct 2018 11:40PM Dikemas Kini : 12 Oct 2018 11:48PM

BERITAmediacorp: Daripada Amy Winehouse, kepada poster filem paling mahal di dunia. Ayuh ikuti sekilas berita hiburan dalam cuplikan berikut:

1. Lelongan poster filem 'The Mummy' 1932 diramal cecah rekod AS$1 juta 

Sebuah poster klasik asli bagi filem seram Boris Karloff dan jarang kelihatan, "The Mummy," diramal akan dijual pada harga lebih $1 juta.

Itu suatu harga rekod bagi sesebuah poster filem. Poster tersebut adalah salah satu daripada tiga poster asli yang masih ada. Malah, poster itu dijual pada harga $453,500, dua dekad yang lalu.

2. 'Widows' - Filem terbaru McQueen ditayangkan di London Film Festival

Pengarah Britain Steve McQueen merasmikan Festival Filem London BFI pada Rabu (10 Okt) dengan filem 'Widows', sekali gus memulakan festival 12 hari itu.

Menurut pihak penganjur, festival tahun ini mempromosikan para pengarah filem wanita. Bertempat di Leicester Square, McQueen disertai di karpet merah oleh para pelakon pemenang Oscar seperti Viola Davis, pelakon "Black Panther" Daniel Kaluuya dan pelakon "Fast and Furious" Michelle Rodriguez.

3. Lindsey Buckingham saman Fleetwood Mac setelah disingkir dari lakukan lawatan

Bekas gitaris Fleetwood Mac, Lindsey Buckingham, menyaman para anggota kumpulan tersebut setelah menuduh mereka melanggar kontrak kerana menyingkirkannya daripada konsert jelajah Amerika Utara. Buckingham sepatutnya meraih pendapatan jutaa dolar daripada konsert jelajah itu.

Buckingham, 69 tahun, salah seorang anggota berpengaruh kumpulan muzik Britain-Amerika itu, yang popular dengan lagu-lagu popular seperti "Dont Stop" dan "Rhiannon" disingkirkan awal tahun ini.

4. Mendiang Amy Winehouse akan kembali ke pentas sebagai 'hologram'

Para peminat mendiang penyanyi Amy Winehouse, yang meninggal dunia pada 2011 ketika berusia 27 tahun - sekali gus menggegarkan dunia muzik - kini boleh melihatnya di pentas-pentas konsert dalam bentuk hologram. Demikian menurut bapanya kepada Reuters.

Persembahan tersebut, yang dijangka bermula pada 2019, akan direka oleh syarikat sama yang menerbitkan persembahan hologram untuk Roy Orbison dan penyanyi opera Maria Callas. Para penerbit berharap dapat membawa konsert tersebut ke merata dunia selama tiga tahun. 

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan