Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Search keluarkan cenderamata eksklusif buat peminat

Agak lama menyepi dari sebarang konsert besar, peminat Search kini berpeluang memiliki buah tangan istimewa kugiran rock legenda tanah air itu apabila mereka menjalinkan kerjasama dengan syarikat SANTO untuk mengeluarkan cenderamata khas jenama Search, menurut laporan Astro Awani.

Anggaran Waktu Membaca:
Search keluarkan cenderamata eksklusif buat peminat

Kotak cenderamata khas jenama Search keluaran Santo. (Gambar: Facebook/Santo)

Diterbitkan : 15 Sep 2019 11:41AM Dikemas Kini : 15 Sep 2019 11:44AM

KUALA LUMPUR : Agak lama menyepi dari sebarang konsert besar, peminat Search kini berpeluang memiliki buah tangan istimewa kugiran rock legenda tanah air itu apabila mereka menjalinkan kerjasama dengan syarikat Santo untuk mengeluarkan cenderamata khas jenama Search, menurut laporan Astro Awani.

Ia direka khas oleh syarikat itu untuk semua peminat dari Asia Tenggara untuk memiliki koleksi khas barangan Search dengan pakej yang sangat menarik yang hanya boleh didapatkan menerusi tempahan secara atas talian di laman webnya.

Menurut wakil pihak Santo, Saiful Sokran, koleksi keluaran khas barangan Search ini direka cipta secara eksklusif berbentuk kotak kayu yang mempunyai pakej barangan jenama Search dan ia berbeza setiap satu kotak berkenaan.

“Seperti yang kita ketahui Search merupakan kumpulan rock terkemuka yang mempunyai pengikut yang ramai bukan sahaja di Malaysia malah serata Asia Tenggara seperti Brunei, Singapura, Indonesia dan lain-lain. Kita keluarkan barangan Search seperti baju, key chain, topi dan banyak lagi yang didatangkan dengan kotak kayu yang dibuat khas dan begitu menarik.

"Ia hanya dikeluarkan dalam sembilan puluh kotak sahaja yang akan disertakan sijil pembelian dan ditandatangani oleh anggota kumpulan Search,” katanya ketika ditemui di sidang media di Kuala Lumpur bersempena dengan Majlis Pelancaran Merchandise Search oleh Santo di Fenomena Music Plaza Damas Taman Sri Hartamas.

Menurut Search pula, mereka bersetuju untuk memilih Santo sebagai syarikat yang mengeluarkan barangan jenama mereka selepas berpuas hati dengan segala perjanjian dan kualiti yang ditetapkan, lapor Astro Awani.

“Sebelum ini banyak sebenarnya pihak yang cuba datang kepada kami untuk buat benda yang sama.

"Namun kami mengenakan syarat yang ketat memandangan ia adalah jenama Search. Santo dipilih kerana memenuhi kriteria yang kami rasakan cukup untuk meyakinkan kami," kata pemain gitar bes kugiran itu, Nasir Daud.

Tambahnya, banyak lagi perancangan akan dibuat dengan syarikat itu selepas ini, namun mereka ingin melihat dahulu sambutan daripada peminat.

Astro Awani melaporkan, setiap kotak mempunyai nombor siri yang tersendiri dengan harga bermula RM449.00 (S$147.93) bagi edisi Hard Rockin, RM649.00 (S$213.83) bagi edisi Rock N Roll dan RM799 (S$263.25) bagi edisi Fenomena.

Sumber : Agensi berita/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan