Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

'Scammer' menyamar jadi Aaron Aziz; sudah hubungi 3 rakan artis

Tidak dapat dinafikan, sesetengah artis hiburan memang begitu popular sehingga gaya mereka diikut-ikut oleh sebilangan peminat. Namun nampaknya bagi Aaron Aziz, terdapat individu yang 'meniru gaya' beliau sehingga ke tahap yang melampau.

Anggaran Waktu Membaca:
'Scammer' menyamar jadi Aaron Aziz; sudah hubungi 3 rakan artis

Petikan skrin catatan Instagram Aaron Aziz

Diterbitkan : 29 Mar 2019 10:04AM Dikemas Kini : 29 Mar 2019 10:09AM

BERITAmediacorp: Tidak dapat dinafikan, sesetengah artis hiburan memang begitu popular sehingga gaya mereka diikut-ikut oleh sebilangan peminat. Namun nampaknya bagi Aaron Aziz, terdapat individu yang 'meniru gaya' beliau sehingga ke tahap yang melampau.

Pelakon kelahiran Singapura itu pada Khamis (28 Mac) memuat naik video di laman Instagramnya menasihatkan rakan-rakan artis agar tidak terpedaya oleh 'scammer' atau orang yang menyamar sebagai dirinya.

"Dunia social media memang bahaya. Pandai guna pandai berwaspada. #hentikanscamming," tulisnya ringkas dalam kapsyen catatan itu.

Dalam videonya pula, Aaron, yang kini bergiat aktif di persada hiburan Malaysia, berkata:

"Assalamualaikum semua, saya ingin beritahu kepada rakan-rakan artis agar please be careful, ada scammer yang menyamar menjadi diri saya. Berwaspada dengan nombor telefon yang berakhir dengan 5627."

Tambah beliau lagi, pihak tersebut setakat ini sudahpun cuba menghubungi tiga rakan artis sambil menyamar sebagai dirinya.

"Anda yang mengenali saya juga tahu saya tidak akan menghubungi anda tanpa sebarang sebab," tambah beliau.

"Sekarang scammer menipu dengan pelbagai-bagai cara. Ada yang lakukannya for fun, ada pula want something from you."

Pernah melakonkan pelbagai watak polis seperti dalam siri drama Heartlanders Mediacorp dan filem Operasi X tahun lalu, secara ironisnya insiden ini bukan pertama kali nama Aaron terkait dengan kes menyamar atau menipu.

Oktober lalu BERITA Mediacorp turut melaporkan bagaimana Aaron memberitahu orang ramai agar berwaspada terhadap laman-laman web yang mempromosikan skim tertentu dengan mendakwa beliau meraih untung mudah melalui pelaburan bitcoin.

"Saya tidak tahu menahu dan tidak terlibat langsung! Ini semua tipu, ok! Hati-hati jangan mudah percaya (dengan) apa yang anda semua baca di Internet. Thank you", tulis beliau ketika itu.

Dalam video yang dimuat naik semalam pula, Aaron sempat menasihati pihak yang kini menyamar sebagai dirinya.

"Kepada budak ini, tolonglah buatlah kerja lain yang berfaedah," katanya.

"Walau apa-apapun, nanti dalam kubur awak yang perlu jawab sendiri. Bukan orang lain yang jawab." 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan