Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

"Saya pendek, model tinggi" - Ini sebab Fazura buat 'runaway' ala Dries Van Noten

"Dan ia tidak selari dengan mesej yang saya mahu sampaikan di mana apabila model itu rebah, bererti sesiapa sahaja akan melalui halangan-halangan di hadapan," katanya seperti dipetik Suria.my.

Anggaran Waktu Membaca:
"Saya pendek, model tinggi" - Ini sebab Fazura buat 'runaway' ala Dries Van Noten

Nur Fazura. (Gambar: missfazura/Instagram)

Diterbitkan : 16 Aug 2018 07:25PM Dikemas Kini : 16 Aug 2018 07:32PM

MALAYSIA: Pelakon Nur Fazura mengakui beliau mengambil inspirasi finale pertunjukan fesyen pereka antarabangsa, Dries Van Noten untuk dipersembahkan di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini. Ini menurut Suria.my.

"Oleh kerana tahun ini saya diberikan peluang untuk membuat pertunjukan fesyen secara solo tanpa berkongsi dengan pereka lain, saya ingin lakukan sesuatu yang berbeza daripada yang sebelum ini.

"Dan kerana ia didedikasikan untuk peminat saya, saya mahu peminat saya dapat melihat saya walaupun mereka berdiri dari tingkat lima.

"Disebabkan saya pendek, dan model pula tinggi, jadi saya mengambil inspirasi dari pertunjukan fesyen Dries Van Noten di mana sewaktu ‘finale’ pertunjukan fesyen beliau, kesemua model duduk di atas pentas.

"Tapi saya terfikir kalau mereka duduk, susah untuk saya berjalan melewati mereka kerana takut akan terlanggar bahu dan sebagainya.

"Dan ia tidak selari dengan mesej yang saya mahu sampaikan di mana apabila model itu rebah, bererti sesiapa sahaja akan melalui halangan-halangan di hadapan," katanya seperti dipetik Suria.my.

Tambah Fazura lagi, segala yang dilakukan di atas pentas KLFW2018 baru-baru ini sudah pun dibincangkan dengan penyelaras majlis serta model-model yang terlibat, lapor Suria.my.

Menurut Suria.my lagi, kesemua model-model berkenaan memberikan kerjasama yang sangat baik.  

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan