Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

"Saya minta maaf, Pak Cik Zaibo" - Wardina

Pemergian pelakon dan pelawak Zaibo, atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, satu kehilangan besar bagi dunia seni. Para selebriti tidak putus-putus memuat naik ucapan takziah mereka di media sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
"Saya minta maaf, Pak Cik Zaibo" - Wardina

(Gambar: BERNAMA/Wardina Safiyyah OfficialPage/Facebook)

Diterbitkan : 15 Nov 2018 02:00PM Dikemas Kini : 15 Nov 2018 02:10PM

BATU PAHAT: Pemergian pelakon dan pelawak Zaibo, atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, satu kehilangan besar bagi dunia seni. Para selebriti tidak putus-putus memuat naik ucapan takziah mereka di media sosial.

Antara mereka termasuk bekas pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah. Menurut Astro Awani, Wardina pernah bergandingan dengan Allahyarham dalam satu sitkom bertajuk Spanar Jaya.

Dalam projek itu, Wardina memainkan watak sebagai anak Zaibo yang ketika itu berlakon sebagai Pak Selamat.

"Saya belajar banyak darinya - beliau benar-benar seperi seorang ayah ketika saya memainkan peranan Misha dalam Spanar Jaya," tulis Wardina seperti ditukil Astro Awani.

"Nasib tidak menyebelahi saya kerana saya tidak berpeluang untuk melawatnya. Maafkan saya pak cik Zaibo. Terima kasih untuk segalanya," tambah beliau.

Zaibo meninggal dunia semalam (14 Nov) akibat barah esofagus. Allahyarham selamat dikebumikan pada lewat malam semalam.

BACA: Jenazah Zaibo selamat dikebumikan
Laman itu melaporkan Zaibo turut pernah membintangi filem Magika, Awan Dania The Movie dan sitkom popular Singapura, Under One Roof.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan