Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Saskia Dahuri terharu peminat mahu taja majlis perkahwinan di Singapura

Pelakon Saskia Dahuri akur bahawa beliau terharu apabila peminatnya di Singapura mahu menaja majlis perkahwinan beliau pada 30 Disember depan, demikian dilaporkan Sinar Harian.

Anggaran Waktu Membaca:
Saskia Dahuri terharu peminat mahu taja majlis perkahwinan di Singapura

Saskia Dahuri dan bakal suaminya di majlis pertunangan mereka. (Gambar: sasqiadahuri/Instagram)

Diterbitkan : 28 Apr 2018 08:53AM Dikemas Kini : 28 Apr 2018 08:58AM

KUALA LUMPUR: Pelakon Saskia Dahuri akur bahawa beliau terharu apabila peminatnya di Singapura mahu menaja majlis perkahwinan beliau pada 30 Disember depan, demikian dilaporkan Sinar Harian.

Saskia, 33 tahun dan tunangnya, Asyraff Khan, 27 tahun, bakal diijab kabul pada 15 Disember depan dengan majlis perkahwinan mereka dijadualkan berlangsung di KLGCC, Kuala Lumpur.

Sementara itu, majlis sebelah pihak lelaki pula akan berlangsung di Singapura pada 29 Disember.

“Saya terkejut dan terharu apabila diberitahu peminat-peminat di Singapura mahu meraikan saya dan bakal suami dalam sebuah majlis resepsi yang ditaja sepenuhnya oleh mereka.

“Meskipun sudah merancang majlis resepsi sebelah keluarga bakal suami pada 29 Disember, namun saya tidak keberatan untuk bersanding sekali lagi pada majlis yang diaturkan peminat pada hari berikutnya.

“Tak sangka pula ada mahu meraikan kami sampai sanggup taja majlis sepenuhnya. Apa pun saya hargai dan cukup berterima kasih kepada semua peminat yang mengharapkan yang terbaik buat saya dan bakal suami,” ujar Saskia kepada Sinar Harian.

Menyentuh tentang persiapan perkahwinannya, kata Saskia, semuanya berjalan lancar, apatah lagi beliau menggunakan khidmat perunding perkahwinan untuk memudahkan segala urusan persiapan.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan saya harap semuanya akan berjalan sebagaimana yang kami rancangkan.

“Ia jadi lebih mudah apabila saya menggunakan khidmat perunding perkahwinan di mana mereka akan merealisasikan apa yang saya mahukan untuk majlis nanti, selain tidak perlu menyusahkan keluarga.

“Saya pula bukan seorang yang cerewet, jadi saya ikut sahaja apa yang mereka fikirkan terbaik dan sesuai dengan majlis saya,” katanya yang turut melakukan perkara yang sama ketika majlis pertunangannya sebelum ini.

Bercerita tentang perkembangan terkininya, kata Saskia kepada Sinar Harian, beliau kini baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Misteri Dilaila, arahan Syafiq Yusof yang menyaksikan gandingannya dengan pelakon Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Datuk Rosyam Nor dan lain-lain.

“Jujurnya saya teruja sangat dapat berkerja dengan Syafiq menjadi sebahagian daripada filem ini yang mempunyai jalan cerita yang sangat fresh dan penuh kelainan.

“Watak saya sebagai Dilaila juga sangat mencabar buat saya apabila perlu bermain senjata, buat stunt dan pelbagai macam pengalaman baru yang saya tidak pernah buat sebelum ini.

“Kalau dalam drama orang selalu tengok saya dengan watak antagonis, kali ini saya tampil dengan sisi yang berbeza,” kata Saskia yang ditemui di majlis Pelancaran Koleksi Raya PrimaValet 2018.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan