Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Sanisah Huri mohon maaf terpaksa batal konsert

Biduanita negara, Sanisah Huri, memohon maaf atas pembatalan dan penangguhan konsert sulungnya, SANISAH HURI LIVE IN CONCERT yang dijadual berlangsung pada 19 April ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Biduanita negara, Sanisah Huri, memohon maaf atas pembatalan dan penangguhan konsert sulungnya, SANISAH HURI LIVE IN CONCERT yang dijadual berlangsung pada 19 April ini.

Konsert besar-besaran yang sepatutnya diadakan di Panggung Capitol itu demi memberi penghargaan kepada sumbangan dan kejayaan Sanisah Huri sepanjang bergelar anak seni.

"Saya, Sanisah Huri, ingin memohon maaf kerana konsert saya, SANISAH HURI LIVE IN CONCERT pada tanggal 19hb April 2019 ini, bertempat di Capitol Theatre, tidak dapat diteruskan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,"menurut beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Penerbit acara, PERKAMUS.

Tambahnya lagi: "Saya akur dengan pihak pengurusan dan akan tetap menghiburkan para peminat serta anda semua dalam masa terdekat ini. Saya berharap anda semua bersabar."

Penyanyi pujaan ramai itu menjelaskan konsert yang dinanti-nantikan itu tidak dapat diteruskan "atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan".

Beliau turut mengucapkan setulus terima kasih buat para peminatnya yang tidak jemu-jemu menyokong dirinya selama penceburan beliau dalam dunia seni selama 52 tahun sekarang.

Khabar mengejutkan tentang pembatalan dan penangguhan konsert tersebut dimaklumkan PERKAMUS pada Selasa (2 Apr).

Dalam satu kenyataan media, PERKAMUS menjelaskan: "Selain wujud ketidaksefahaman, di antara Penganjur dan PERKAMUS, Penganjur juga didapati tidak menepati perjanjian dan tidak mempunyai kewangan yang kukuh untuk meneruskan konsert ini."

Penganjur yang dimaksudkan ialah Taps Events & Entertainment.

Pihak PERKAMUS bagaimanapun optimistik dan memberi sedikit bayangan untuk mengadakan juga konsert solo tersebut demi tidak mengecewakan para peminat Sanisah Huri. Menurutnya, ia mengharapkan "sebuah lagi konsert yang baru bakal diadakan di masa terdekat ini”.

Pun begitu, butiran lanjut mengenai tarikh konsert baru itu tidak dimaklumkan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan