Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Saluran Okto berjaya pikat lebih 150,000 kanak-kanak

Jumlah penonton Okto Mediacorp sepanjang dua tahun lalu bertambah hasil usaha saluran itu menyiarkan pelbagai program baru kanak-kanak serta kandungan asal.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jan 2018 08:50PM Dikemas Kini : 20 Jan 2018 08:53PM

SINGAPURA: Jumlah penonton Okto Mediacorp sepanjang dua tahun lalu bertambah hasil usaha saluran itu menyiarkan pelbagai program baru kanak-kanak serta kandungan asal.

Okto kini berjaya mendekati lebih 150,000 kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun setiap minggu. Beberapa kandungan rancangan terbitannya juga diedarkan ke luar negeri.

Bagi meneruskan usahanya mendekati para penonton, Okto menganjurkan Pesta Kanak-kanak yang diadakan buat pertama kalinya hari ini (20 Jan).

Di pesta itu kanak-kanak berpeluang bertemu watak-watak popular dari pelbagai rancangan dan sitkom Okto.

Mereka juga dapat menyertai permainan serta kegiatan-kegiatan lain.

Pesta Kanak-kanak di Pusat Konvensyen Suntec berterusan sehingga esok (21 Jan).  

Sumber : CNA/AZ/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan