Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Sajat didakwa berpakaian seperti wanita ketika Majlis Solat Hajat

Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas pertuduhan berpakaian seperti wanita dalam satu majlis bacaan Yasin dan solat hajat, tiga tahun lepas, sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Anggaran Waktu Membaca:
Sajat didakwa berpakaian seperti wanita ketika Majlis Solat Hajat

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 20 Jan 2021 06:12PM Dikemas Kini : 20 Jan 2021 06:15PM

KUALA LUMPUR: Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas pertuduhan berpakaian seperti wanita dalam satu majlis bacaan Yasin dan solat hajat, tiga tahun lepas, sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Dalam prosiding pada 6 Jan lalu, Muhammad Sajjad, 35, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee @ Shaii.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Sajjad didakwa melakukan kesalahan itu di pusat kecantikan miliknya di Seksyen 16, Shah Alam, pada jam 7.30 malam, 23 Feb 2018.

Dia didakwa mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 (S$1,630) atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Muhammad Sajjad dibebaskan dengan jaminan RM3,000 (S$984) dan menetapkan 23 Feb depan untuk sebutan semula kes.

Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie Selangor Atras Mohd Zain.

Pada 6 Jan lalu, tular sebuah video dalam laman sosial yang dirakamkan secara langsung menunjukkan usahawan kosmetik itu sedang menangis dalam keadaan tangannya bergari.

Beberapa hari kemudian, Muhammad Sajjad tampil di laman Instagram miliknya dan menjelaskan dirinya ditahan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersabit dengan laporan yang dibuat pada 2018.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan