Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Sah! Ms. Marvel wirawati Islam pertama sertai Marvel Cinematic Universe

Marvel Cinematic Universe (MCU) bakal bertambah rencam tidak lama lagi. Walt Disney Studios mengumumkan pada Jumaat (23 Ogos) di konvensyen D23 Expo bahawa Ms. Marvel akan diterbitkan, menyertai siri-siri Marvel lain yang sudahpun diumumkan terlebih dahulu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Sah! Ms. Marvel wirawati Islam pertama sertai Marvel Cinematic Universe

Ms Marvel (Gambar: Marvel Comics)

Diterbitkan : 25 Aug 2019 09:03PM Dikemas Kini : 25 Aug 2019 09:51PM

LOS ANGELES: Marvel Cinematic Universe (MCU) bakal bertambah rencam tidak lama lagi.

Walt Disney Studios mengumumkan pada Jumaat (23 Ogos) di konvensyen D23 Expo bahawa Ms. Marvel akan diterbitkan, menyertai siri-siri Marvel lain yang sudahpun diumumkan terlebih dahulu.

Antaranya termasuk The Falcon dan Winter Soldier, WandaVision, Loki, Hawkeye dan siri animasi What If - kesemuanya menampilkan watak-watak yang tidak asing lagi.

Bos Marvel Studios Kevin Feige mengumumkan siri aksi 'live' itu akan tertumpu kepada Kamala Khan iaitu seorang wanita berdarah campuran Pakistan-Amerika dari New Jersey yang menjadikan Captain Marvel (dibintangi Brie Larson di bawah MCU) sebagai idolanya dan beliau sendiri menjadi seorang adi wira. Watak baru itu bahkan akan muncul lagi dalam sebuah filem kelak yang judulnya belum diketahui.

Tarikh tayangan khusus bagaimanapun belum ditetapkan dan Feige juga tidak mendedahkan sebarang butiran jalan cerita tambahan mahupun mendedahkan siapakah yang bakal memainkan watak utama atau sama ada Larson akan muncul dalam siri baru tersebut.

(Petikan gambar: Captain Marvel)

Ms. Marvel adalah nama yang sudah lama dipegang watak yang disenaraikan sebagai salah seorang wira paling hebat dalam Avengers: Captain Marvel. Setelah Carol Danvers menyarung mantal Mar-Vell pada 2012, identiti awalnya kekal kosong sehingga pada 2015, Kamala Khan mengambil alih.

Kamala dicipta secara bersama oleh para editor Sana Amanat dan Stephen Wacker serta penulis G. Willow Wilson di samping artis Adrian Alphona yang mencipta kebanyakan pengembaraan awalnya. Dengan kemunculan Kamalan selaku watak utama, buku Ms. Marvel keluaran Marvel laris dijual dan mendahului pasaran buku komik. Koleksi Ms. Marvel dicalonkan untuk enam anugerah Eisner dan memenangi Anugerah Hugo bagi Komik Terbaik pada 2015.

Kamala menyertai Avengers dan malah menjadi pemimpin kumpulan wira remaja yang dikenali sebagai 'Champions'.

Menurut Feige, siri Ms. Marvel akan ditayangkan di pawagam selepas Hawkeye yang dijangka menemui penonton pada sekitar musim sejuk 2021 atau awal 2022. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan