Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

S'pura, Brunei ganding bahu sajikan 'Muzik Kita, Lagu Kita'

Hubungan yang erat dan kukuh antara Singapura dengan Brunei Darussalam akan diraikan dalam rancangan tahunan Rapsodi.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, Brunei ganding bahu sajikan 'Muzik Kita, Lagu Kita'

Rapsodi 2018 akan disiarkan secara langsung di Suria dan RTB Aneka pada 8.30 malam pada 3 November. (Gambar: Mediacorp Suria)

SINGAPURA: Hubungan yang erat dan kukuh antara Singapura dengan Brunei Darussalam akan diraikan dalam rancangan tahunan Rapsodi.

Rapsodi 2018 yang bertemakan "Muzik Kita, Lagu Kita" diadakan bagi menandakan kerjasama kreatif antara para pegawai dan penyiar serta artis-artis dari kedua-dua negara.

Diadakan buat kali ke-18, acara tahun ini akan menampilkan lagu-lagu popular dan ikon muzik terkemuka dari kedua-dua negara yang menyumbang besar ke dalam industri muzik serantau.

Acara tersebut bakal disaksikan oleh tetamu terhormat Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, S Iswaran, dan Menteri Perhubungan Brunei Darussalam, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib Bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof.

Rapsodi 2018 akan dihoskan oleh pelakon dan hos dari Singapura, Fadli Kamsani, serta penyanyi dan hos dari Brunei Darussalam, Eqah Abu Hassan.

Penyanyi tanah air popular Aisyah Aziz, Sufi Rashid dan Ryan Sufiyan serta para bakat baru, Nor Shafiq Ridzwan dan Isnina akan mewakili Singapura dalam acara tersebut.

Para penonton juga boleh menjangkakan Juan Madial, Rizal Rasid, Auf Ismail, Ezah Hashim, Sri Nazrina dan Syafiqah Rosli dari Brunei Darussalam.

Rapsodi 2018 akan diadakan di Amfiteater Taman Jerudong di Brunei Darussalam. Ia juga akan disiarkan secara langsung di Suria dan RTB Aneka pada 8.30 malam esok (3 Nov).  

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan