Images
  • nash raya photo
    Vokalis Lefthanded, Nash (dua dari kiri) bersama keluarga (Gambar: Facebook/Nash Lefthanded)

Rumah Nash Lefthanded dipecah masuk

KUALA LUMPUR: Penyanyi Nash disambut dengan 'kejutan' buruk sebaik sahaja pulang beraya dari kampung pada Ahad (9 Jun). Apakan tidak, tiba sahaja di kediamannya di Shah Alam, Selangor, beliau terkejut apabila mendapati kediamannya di Shah Alam, Selangor, sudah dipecah masuk.

Vokalis kumpulan Lefthanded itu berkata sejurus pulang selepas beraya selama enam hari di Muar, Johor, beliau mendapati kesan umpil di tiga pintu bilik dan rumahnya pula dalam keadaan berselerak. Mujur, tiada barang berharga dilaporkan hilang.

“Saya tidak dapat agak bila kejadian itu berlaku kerana kami balik kampung sehari sebelum sambutan hari raya. Saya bagaimanapun, bersyukur kerana ketika kejadian, tiada sesiapa di rumah, malah tiada barangan berharga yang dilarikan," kata beliau seperti ditukil Berita Harian Malaysia.

AYAM BISING 'SELAMATKAN' RUMAH

Nash, atau nama sebenarnya Nasharudin Elias, membuat andaian pihak yang memecah masuk rumahnya mungkin tergesa-gesa melarikan diri ekoran bunyi ayam sekitar rumah yang bising.

“Mungkin mereka takut kehadiran disedari disebabkan ayam yang ada di sekitar rumah ini bising. Apa yang penting, keluarga saya dijauhkan daripada musibah. Saya difahamkan, tiga lagi kediaman di kawasan sama dipecah masuk pada minggu pertama raya,” tambahnya lagi dalam laporan akhbar Malaysia itu.

Menurutnya lagi, vokalis itu membuat aduan polis di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam, Ahad lalu. Nash kini merancang untuk memasang itu merancang untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya.

Berita Harian Malaysia menambah, penyanyi itu mendedahkan bahawa kejadian Ahad lalu adalah kali kedua yang dialaminya sejak hampir tiga dekad beliau tinggal di kawasan itu.

- Agensi berita/TQ/tq

Top