Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Rumah inspirasi dari filem seram 'The Conjuring' dijual pada harga AS$1.2 juta

Adakah anda seseorang yang tidak takut pada atau apa sahaja entiti yang boleh muncul secara tiba-tiba pada waktu malam?

Anggaran Waktu Membaca:
Rumah inspirasi dari filem seram 'The Conjuring' dijual pada harga AS$1.2 juta

(Gambar: YouTube/Jake The Viking)

Diterbitkan : 26 Sep 2021 05:00AM Dikemas Kini : 26 Sep 2021 04:50PM

AMERIKA SYARIKAT: Adakah anda seseorang yang tidak takut pada atau apa sahaja entiti yang boleh muncul secara tiba-tiba pada waktu malam?

Sebuah rumah ladang di Rhode Island, Amerika Syarikat yang menjadi inspirasi dalam penghasilan filem seram 'The Conjuring' pada tahun 2013, kini dijual dalam pasaran hartanah pada Khamis (23 Sep), lapor AP.

Rumah itu yang mempunyai 14 bilik dan seluas 3,100 kaki persegi itu dijual pada harga AS$1.2 juta (S$1.6 juta).

Rumah itu juga terletak di atas sebidang tanah seluas 3.5 hektar di Burrillville.

Syarikat hartanah yang menyenaraikan rumah itu menyifatkannya sebagai 'salah sebuah rumah berhantu yang paling terkenal di seluruh Amerika Syarikat'.

"Kisah legenda menyatakan rumah itu dihantui entiti bernama Bathsheba Sherman, yang pernah tinggal di rumah pada kira-kira tahun 1800an.

"Sehingga ke hari ini, banyak kejadian dilaporkan berlaku di rumah itu," ujar syarikat berkenaan.

Di Amerika Syarikat, ia adalah sesuatu biasa bagi sesetengah syarikat hartanah untuk mendedahkan kepada para pembeli jika kediaman yang dijual itu mempunyai sebarang kisah mengerikan atau ia berhantu.

Pendedahan sedemikian dikatakan menarik golongan pembeli tertentu yang tertarik oleh kisah sejarah yang pelbagai dan mereka juga menganggap hal paranormal tidak menjadi satu masalah.

Penggambaran filem seram 'The Conjuring' sebenarnya tidak dijalankan di rumah itu, namun kisahnya berdasarkan pengalaman keluarga bernama Perron yang pernah tinggal di rumah itu pada tahun 1970an.

Sebelum ini, rumah tersebut dijual pada tahun 2019 pada harga AS$439,000 (S$594,131) kepada sebuah keluarga yang menyifatkan diri mereka sebagai penyiasat paranormal.

Keluarga itu menganjurkan cara dan menyewakan bilik-bilik kepada tetamu yang berharap dapat melalui pengalaman menyeramkan.

Pemilik-pemilik yang lain pula tidak pernah mengadu tentang sebarang pengalaman menyeramkan namun sebaliknya mereka mengeluh apabila peminat filem tersebut kerap menceroboh kawasan perumahan itu tidak kira waktu.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan