Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Rugi lebih RM500,000 tidak patahkan semangat Shaheizy

Selain pernah ditipu, pelakon Shaheizy Sam mendakwa dia juga pernah mengalami kerugian mencecah RM500,000 (S$162,000) sewaktu mula menceburkan diri dalam dunia perniagaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Rugi lebih RM500,000 tidak patahkan semangat Shaheizy

(Gambar: shaheizy_sam/Instagram)

Diterbitkan : 17 Apr 2021 02:00PM Dikemas Kini : 17 Apr 2021 02:10PM

KUALA LUMPUR: Selain pernah ditipu, pelakon Shaheizy Sam mendakwa dia juga pernah mengalami kerugian mencecah RM500,000 (S$162,000) sewaktu mula menceburkan diri dalam dunia perniagaan.

Katanya lagi, sejak berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan pada 2015, dia berdepan pelbagai dugaan yang sedikit pun tidak menyebabkannya berpatah semangat untuk terus berjaya, lapor Malaysiakini.

Menurutnya lagi, untuk terus berjaya dalam bidang tersebut - yang menjadi sumber pendapatan keduanya - dia harus cekal.

“Saya tak boleh serik. Pada awal masuk dalam bidang ni saya hilang RM80,000 (S$26,000). Kemudian saya kumpul lagi.

"Saya sekali lagi diuji apabila kehilangan RM500,000 (S$162,000) pada 2018.

“Ditipu tu tak payah cakaplah. Saya bukan orang kaya, semua tu memang duit simpanan, tapi bagi saya duit bukanlah satu isu yang patut menjatuhkan seseorang dalam perniagaan jika nak berjaya," katanya.

Jika mengalami kerugian, kata pelakon Pinjamkan Hatiku itu, usaha sepenuhnya perlu dibuat untuk melangkah semula selain sentiasa bersikap positif, menurut Malaysiakini lagi.

Pemilik nama penuh Shaheizy Sam Abdul Samad itu ditemui di majlis pelancaran produk makanan berasaskan coklat miliknya, Syoklat! SyokoTube di Shah Alam baru-baru ini.

Menjadikan Pengerusi AirAsia, Tony Fernandez, dan hartawan terkenal Syed Mokhtar Albukhari sebagai ikon perniagaan, Shaheizy berkata dia yakin mereka juga mempunyai kesukaran dan kepayahan tersendiri sebelum berjaya.

“Kenapa mereka boleh? Semua kesusahan tu terpulang pada kita. Jangan biarkan ia menghalang, sebab selalunya yang menjadi penghalang tu adalah diri sendiri,” katanya yang turut berlakon dalam filem Songlap.

Sementara itu, mengulas produk Syoklat! SyokoTube, Shaheizy berkata, sekiranya diizinkan Tuhan dan perniagaannya itu mendapat sambutan, dia berhasrat untuk memperluaskan perniagaan tersebut ke seluruh Asia Tenggara, lapor Malaysiakini.

“Jika mendapat sambutan dalam negara sudah pasti saya nak melihat perniagaan ni diperluaskan ke negara lain.

“Saya sedar makanan berasaskan coklat adalah produk yang mendapat permintaan di seluruh dunia. Justeru, saya tahu produk yang dihasilkan berpeluang pergi jauh.

“Insya-Allah, sekiranya diberi peluang dan mendapat sokongan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri saya yakin jalan untuk saya memasarkan produk selain di Malaysia lebih cerah,” katanya.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan