Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ruffedge kembali selepas 11 tahun dengan konsert 4 Ogos ini

Selepas 11 tahun menyepi dan membawa haluan masing-masing, kumpulan Ruffedge kini bergabung semula untuk mengubati rindu peminat muzik tempatan, lapor Astro AWANI.

Anggaran Waktu Membaca:
Ruffedge kembali selepas 11 tahun dengan konsert 4 Ogos ini

Gambar: Astro AWANI

Diterbitkan : 02 May 2018 11:33PM Dikemas Kini : 02 May 2018 11:35PM

KUALA LUMPUR: Selepas 11 tahun menyepi dan membawa haluan masing-masing, kumpulan Ruffedge kini bergabung semula untuk mengubati rindu peminat muzik tempatan, lapor Astro AWANI.

Ruffedge yang ditubuhkan sejak tahun 1997, bakal mengadakan konsert ‘Ruffedge: 20th Anniversary’ pada 4 Ogos ini di KL Live, Kuala Lumpur.

Menurut salah seorang anggota Ruffedge, Zain, ini adalah konsert Ruffedge yang julung kali diadakan selepas menempa nama dalam industri hiburan selama 20 tahun.

“Buat peminat yang merindui kami, ini adalah masanya. Kami akan membuat konsert berskala besar buat pertama kalinya.

“Selama 20 tahun dalam industri, kami tidak pernah melakukan sebarang konsert. Dengan peluang ini kami berharap dapat mengubati rindu peminat yang telah lama menginginkan konsert ini.

”Apa yang istimewa adalah, konsert ini sendiri. Jika sebelum ini kami sering membuat persembahan menerusi perkongsian pentas tetapi bagi konsert ini kami bakal beraksi sendiri,” katanya ketika dihubungi Astro AWAN.

Tambah Zain, mereka menjanjikan persembahan yang mantap dan hebat serta kejutan buat peminat mereka.

Selain Zain, Ruffedge yang dianggotai Cat Farish, Sein, Mode Abdullah dan Azan bakal mempersembahkan lagu hit mereka seperti Bila Rindu, Khayalan dan Lemas pada malam konsert yang akan berlangsung selama dua jam itu.

Bagi anda yang ingin menonton mereka secara langsung, anda boleh dapatkan tiket yang bermula dengan harga RM125 (S$42) mulai 4 Mei ini menerusi laman www.ticketpro.com. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan