Images
  • rosyam nor mart
    Petikan gambar video yang dimuat naik ke laman Instagram Rosyam Nor. 

Rosyam Nor perluas jenama diri sendiri menerusi bisnes pasar raya

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Datuk Rosyam Nor membuktikan dirinya fokus kepada bisnes apabila kini berbangga dengan pembukaan pasar raya jenamanya sendiri.

Pencapaian pelakon berusia 51 tahun itu mencipta sejarah kerana, menurut Astro Awani, beliau merupakan satu-satunya artis tempatan yang mempunyai bisnes pasar raya jenamanya sendiri.

Rosyam sebelum ini pernah menceburi bidang pertanian menerusi projek tanaman nangka madu J33 dan durian belanda.

Beliau yang masih aktif dalam penerbitan drama di bawah produksi miliknya, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd pernah berdepan kegagalan dalam bidang pertanian ketika mula berkecimpung pada penghujung tahun 2009, lapor Astro Awani.

Rosyam memberitahu para peminat menerusi akaun Instagramnya, pasar raya barunya dikenali sebagai ST Rosyam Mart. Ia terletak di Setiawangsa, Kuala Lumpur dan sudah mula beroperasi selama 24 jam.

Pasar raya yang mempunyai keluasan sebanyak 13 lot unit kedai itu diambil sempena usaha samanya dengan syarikat Sri Ternak.

Menariknya, mulai 1 Jun beliau juga menawarkan harga borong pada pengunjung yang datang membeli belah.

Astro Awani difahamkan pelancaran rasmi pasar raya berkenaan akan dilakukan selepas Aidilfitri nanti. 

- Agensi berita/AQ/aq

Top