Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Roslan Salleh sangkal berita hidap barah

Sesiapa saja yang sering menonton drama-drama melayu terbitan Malaysia, pasti akan mengenali pelakon veteran Roslan Salleh. 

Anggaran Waktu Membaca:
Roslan Salleh sangkal berita hidap barah

Pelakon veteran Roslan Salleh. (Gambar: Instagram)

Diterbitkan : 06 Apr 2019 02:46PM Dikemas Kini : 06 Apr 2019 02:50PM

KUALA LUMPUR: Sesiapa saja yang sering menonton drama-drama melayu terbitan Malaysia, pasti akan mengenali pelakon veteran Roslan Salleh.

Malah, kali terakhir Roslan muncul di layar lebar adalah menerusi filem Munafik 2 yang ditayangkan pada 30 Ogos tahun lalu.

Pelakon seberang tambak ini menjadi perbualan hangat di Twitter apabila gambarnya menjual daging dendeng tular di platform media sosial terbabit, lapor Astro Gempak.

Bagaimanapun sejak itu ramai netizen yang prihatin terhadap kesihatannya, lebih-lebih terdapat berita yang mendakwa beliau menghidap barah.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa meskipun memang beliau mengalami masalah kesihatan sejak 10 tahun lalu tetapi, beliau tidak menghidap barah, menurut Astro Gempak.

Menurut Astro Gempak lagi, Roslan atau lebih mesra dipanggil Pak Lan berkata bahawa berita tersebut sama sekali tidak benar dan khabar angin semata-mata.

Roslan berkata: "Alhamdulillah, setakat ini sakit saya masih lagi terkawal. Kencing manis dan tekanan darah rendah tu biasalah. Kekuatan pun dah kurang sekarang terutama dekat kaki dan lutut.

"Tetapi, kalau kanser tu, minta jauh sangat-sangat. Terkejut juga jika ada yang membawa berita tidak sahih." 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan