Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Robert Downey Jr kembali sebagai Iron Man tapi...

Jika anda fikir bahawa anda sudah menyaksikan Robert Downey Jr memainkan watak Iron Man buat kali terakhir dalam filem Avengers: Endgame, tanggapan anda salah sebenarnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Robert Downey Jr kembali sebagai Iron Man tapi...

Robert Downey Jr. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 17 Sep 2019 10:06PM Dikemas Kini : 17 Sep 2019 10:13PM

AMERIKA SYARIKAT: Jika anda fikir bahawa anda sudah menyaksikan Robert Downey Jr memainkan watak Iron Man buat kali terakhir dalam filem Avengers: Endgame, tanggapan anda salah sebenarnya.

Menurut laporan Deadline, pelakon itu dijangka akan ditampilkan sekali lagi dalam filem Black Widow yang dijadual akan ditayangkan pada Mei 2020.

Kedua-dua watak Iron Man dan Black Widow 'dimatikan' di penghujung filem Endgame.

Dengan filem terbaru berbentuk 'prequel' ini, ia bermakna adegan dalam filem Black Widow berlaku sebelum kejadian dalam Endgame.

Black Widow, yang dibintangi Scarlett Johansson, akan memulakan Fasa 4 Marvel Cinematic Universe. Filem tersebut menyusul kejadian dalam filem Captain America: Civil War, dan menceritakan asal usul watak yang dimainkan Johansson.

Sungguhpun demikian, masih belum jelas mengenai watak Downey dalam filem kali ini dan sama ada beliau akan merakamkan babak baru ataupun sama ada studio tersebut akan menggunakan babak-babak yang sudah dirakam sebelum ini.

Filem pecah panggung Endgame membolot enam anugerah di Saturn Awards pada 13 September, acara yang mengiktiraf filem dan rancangan TV dari genre cereka sains, fantasi dan seram.

Downey dinobat sebagai pelakon terbaik manakala Josh Brolin, yang memainkan watak jahat Thanos, memenangi anugerah pelakon pembantu terbaik. 

Sumber : CNA/TQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan