Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Robert Downey Jr kembali 'hidupkan' watak Iron Man?

Lima bulan selepas Tony Stark mengorbankan diri demi kebaikan ramai dalam filem 'Avengers: Endgame', sumber-sumber Marvel pula menyatakan bahawa Robert Downey Jr sedang membuat persiapan untuk memainkan watak Iron Man sekali lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Robert Downey Jr kembali 'hidupkan' watak Iron Man?

Robert Downey Jr disebut-sebut sedang membuat persiapan memainkan watak Iron Man dalam siri terbaru. (Gambar: Marvel/Instagram)

Diterbitkan : 05 Sep 2019 01:31PM Dikemas Kini : 05 Sep 2019 02:42PM

LONDON: Lima bulan selepas Tony Stark mengorbankan diri demi kebaikan ramai dalam filem 'Avengers: Endgame', sumber-sumber Marvel pula menyatakan bahawa Robert Downey Jr sedang membuat persiapan untuk memainkan watak Iron Man sekali lagi.

Khidmat penstriman baru Disney+ yang bakal dilancarkan akan menerbitkan lebih banyak kisah Marvel, antaranya Iron Man, menurut laporan Metro UK.

Robert Downey Jr yang memegang watak Tony Stark/Iron Man dijangka muncul membawa watak sama. Namun menurut laporan itu, beliau hanya akan meminjamkan suaranya bagi siri terbaru Ironheart.

Marvel bagaimanapun belum lagi mengesahkan berita tersebut.

Ironheart menceritakan kisah Riri Williams, seorang remaja yang meneruskan legasi Stark di dalam komik tersebut.

Menurut sumber dari We Got This Covered, syarikat gergasi itu berjaya mendapatkan Downey Jr untuk meminjamkan suaranya sebagai Tony Stark yang muncul sebagai kecerdasan buatan (AI) - sama seperti J.A.R.V.I.S. yang dimainkan oleh Paul Bettany - serta melatihnya untuk menjadi seorang wira.

Ironheart pertama kali diperkenalkan pada 2016, meskipun menerima banyak kritikan tentang watak yang memaparkan seorang remaja berkulit hitam.

Metro UK juga sudahpun menghubungi pihak Downey Jr untuk mendapatkan komen.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan