Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Riz Ahmed calon Muslim pertama bagi pelakon lelaki terbaik Oscar

Pelakon Britain Riz Ahmed menerima pengiktirafan Academy menerusi filem Sound of Metal apabila dicalonkan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik, menjadikannya pelakon Muslim pertama yang berjaya tercalon pada Anugerah Oscar 2021.

Anggaran Waktu Membaca:
Riz Ahmed calon Muslim pertama bagi pelakon lelaki terbaik Oscar

Gambar fail pelakon Riz Ahmed (Gambar: Andrew Toth/Getty Images for Entertainment Weekly/AFP)

Diterbitkan : 02 Apr 2021 04:40PM Dikemas Kini : 02 Apr 2021 04:44PM

LONDON: Pelakon Britain Riz Ahmed menerima pengiktirafan Academy menerusi filem Sound of Metal apabila dicalonkan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik, menjadikannya pelakon Muslim pertama yang berjaya tercalon pada Anugerah Oscar 2021.

Riz atau nama sebenarnya Rizwan Ahmed melakonkan watak pemain dram yang hilang deria pendengaran untuk sebuah kumpulan yang memperjuangkan genre rock dan metal.

Dalam drama arahan Darius Marder itu, Riz membawakan watak Ruben, yang dengan berat hati pergi mencari bantuan dan belajar bahasa isyarat.

Riz, yang juga terkenal dengan lakonanya dalam filem Rogue One: A Star Wars Story, Venom dan The Night Of, berkata untuk mempersiapkan dirinya bagi watak itu, beliau perlu belajar bermain dram dan bahasa isyarat Amerika. Proses itu tambah beliau suatu yang amat "intensif".

"Skripnya sangat membawa kesan. Darius Marder menulis sesuatu yang sangat, sangat menyayat hati maka itu untuk sampai tahap ke emosi sebegitu sudah cukup berat," kongsi Riz kepada Reuters.

Pelakon yang berusia 38 tahun itu, turut dicalonkan bagi satu anugerah BAFTA (British Academy of Film and Television Arts) minggu depan. Beliau yang juga seorang penyanyi rap ditanya sama ada bakat tersebut membantunya dalam belajar memainkan dram.

Jawab beliau: "Anda tidak boleh bermain dram, anda harus biarkan rentak pukulan dram itu mengikuti irama muzik ... Jadi sebahagian besar persembahan ini dan filem ini juga adalah tentang melepaskan kawalan dan membiarkan perkara berjalan dengan sendirinya."

Ruben, watak yang dimainkannya, banyak meluangkan masa dengan kanak-kanak kurang daya pendengaran dan mengajar dram.

"Bekerja bersama kanak-kanak kurang daya pendengaran... ibarat satu kelas lakonan," kata Riz. "Tumpuan mereka, perhatian mereka, cara berkomunikasi mereka begitu menyerlah."

Riz mencatat sejarah bulan lalu sebagai pelakon Muslim pertama yang menerima pengiktirafan Oscar.

"Pengiktirafan itu amat bermakna kepada saya jika seberapa ramai orang yang mungkin dapat melihat diri mereka sendiri dalam saat-saat yang diraikan ini. Saya rasa amat baik jika orang ramai dapat rasa terkait dengan pencapaian ini kerana saya Muslim pertama diberi pencalonan dalam kategori ini," tambahnya.

"Saya rasa bagi ramai orang, mereka teruja adanya pencalonan filem terbaik bagi sebuah filem yang ada sari kata terbuka (open caption) bagi golongan kurang daya pendengaran."
 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan