Rihanna pemuzik wanita terkaya di dunia, bernilai AS$1.7 bilion
Penyanyi dan peniaga, Rihanna kini secara rasmi tersenarai sebagai jutawan dan menjadi pemuzik wanita terkaya di dunia, lapor Forbes, mengatasi Madonna dan Beyonce.
LOS ANGELES: Penyanyi dan peniaga, Rihanna kini secara rasmi tersenarai sebagai jutawan dan menjadi pemuzik wanita terkaya di dunia, lapor Forbes, mengatasi Madonna dan Beyonce.
Bintang kelahiran Barbados itu kini memiliki kekayaan sebanyak AS$1.7 bilion (S$2.29 bilion) dengan anggaran AS$1.4 bilion (S$1.89 bilion) daripadanya merupakan nilai syarikat kosmetik Fenty Beauty miliknya.
Selebih nilai kekayaannya berasal daripada syarikat pakaian dalam, Savage X Fenty bernilai kira-kira AS$270 juta (S$364 juta), selain pendapatannya sebagai penyanyi dan pelakon.
Beliau kini berada di kedudukan kedua setelah Oprah Winfrey menjadi selebriti wanita terkaya di dunia.
Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Fenty melancarkan kosmetik jenamanya itu pada 2017 dengan kerjasama syarikat barangan mewah LVMH.
Industri kecantikan itu membawa hasil lebih AS$550 juta (S$742 juta) pendapatan tahunan pada tahun pertama.
Meskipun, artis yang berusia 33 tahun itu tidak menghasilkan album sejak 2016, Rihanna masih mempunyai peminat tegarnya dengan lebih 100 juta pengikut di Instagram dan Twitter.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.