Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Rezeki Tya Arifin sempena Ramadan; selamat bersalin cahaya mata perempuan

Sambutan bulan suci Ramadan kali ini tambah manis lagi buat menantu Siti Nurhaliza, Tya Arifin, yang selamat melahirkan anak keduanya pada sekitar jam 9.20 pagi tadi (9 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Rezeki Tya Arifin sempena Ramadan; selamat bersalin cahaya mata perempuan

Tya Arifin dan Asyraf Khalid timang cahaya mata kedua pada 9 Mei 2019. (Gambar: Tya Arifin/Instagram)

Diterbitkan : 09 May 2019 09:42PM Dikemas Kini : 09 May 2019 09:43PM

KUALA LUMPUR: Sambutan bulan suci Ramadan kali ini tambah manis lagi buat menantu Siti Nurhaliza, Tya Arifin, yang selamat melahirkan anak keduanya pada sekitar jam 9.20 pagi tadi (9 Mei).

Pelakon kelahiran Palembang, Indonesia itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi catatan di akaun Instagram miliknya sambil mendedahkan wajah dan nama puteri sulung beliau.

"Alhamdulillah syukur Ya Allah, Assalamualaikum Azzahra Jiwa binti Muhammad Asyraf," tulisnya.

Tya juga turut membuka akaun Instagram rasmi anak keduanya itu - @azzahrajiwaasyraf - yang mula dikemas kini pada sekitar pukul 2.00 pagi tadi, lapor Astro Awani.

Akaun Instagram tersebut merakamkan perjalanan dari awal kehamilan Tya hinggalah kemas kini terbaharu.

Khabar gembira tersebut dihujani ucapan tahniah daripada rakan selebriti serta peminat.

Menurut Astro Awani, Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandri Arifin mendirikan rumah tangga dengan Asyraf Khalid pada tanggal 1 November 2015.

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup mereka dua tahun lalu, yang diberi nama Arif Jiwa.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan