Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Remy Ishak dedah sedang 'berubat' untuk tangani gangguan emosi

Baru-baru ini menerusi akaun Instagram peribadinya, pelakon popular Malaysia Remy Ishak mendakwa dirinya mengalami gangguan emosi sehingga rasa enggan keluar dari rumah.

Anggaran Waktu Membaca:
Remy Ishak dedah sedang 'berubat' untuk tangani gangguan emosi

(Gambar: Instagram/Remy Ishak)

Diterbitkan : 18 Oct 2019 06:44PM Dikemas Kini : 18 Oct 2019 06:53PM

MALAYSIA: Memang benar, masalah emosi dan mental boleh menjejas sesiapa sahaja tanpa kira latar belakang mahupun status kehidupan.

Malah kadangkala, seseorang yang nampak berjaya di mata awam mungkin tidak terkecuali daripada pergelutan perasaan yang tidak disedari ramai.

Baru-baru ini menerusi akaun Instagram peribadinya, pelakon popular Malaysia Remy Ishak mendakwa dirinya mengalami gangguan emosi sehingga rasa enggan keluar dari rumah.

"Sejak beberapa minggu lalu saya sedar saya telah melakukan perkara yang bukan atas kehendak sendiri. Hati tak gembira, suka bersendirian, susah membuat keputusan dan saya tidak mahu keluar rumah.

"Pada masa sama, saya mengalami mood swing, rasa sedih amat sangat, mula berfikir negatif, cepat marah dan tidak mahu keluar rumah sebab takut naik angin.

Tetapi apabila tinggal di rumah saya akan rasa sedih sangat, perasaan itu bercelaru," kata pelakon utama filem Sangkar itu menerusi siaran 'Instagram Live' pagi ini (18 Okt) seperti dipetik Astro Awani.

Semasa siaran IG Live itu, Remy turut mengakui mula mengambil beberapa jenis ubat untuk menenangkan diri.

Selain itu, Remy juga mendedahkan telah melalui rawatan kaedah perubatan Islam atas nasihat oleh kenalan dan keluarga.

"(Apabila) saya berjumpa seorang ustaz dan menerusi bacaan ayat al-Quran dan surah Rukyah, tiba-tiba ada satu benda kawan badan saya. Saya pun terperanjat! Tetapi saya tak boleh bercakap.

"Saya tak boleh bergerak, badan saya seperti terkunci dan benda itu mengawal diri saya.

"Dia mula menangis, selepas itu dia gelak dan mengilai panjang.

"Apabila berubat dan saya sendiri sedar serta dapat rasakan ada tenaga lain kawal dan mula bercakap, semua pandangan mengenai saya depresi hilang," tambahnya seperti dilaporkan Astro Awani.

Selain menjalani perubatan Islam, Remy memberitahu beliau akan menemui pakar psikiatri untuk berunding lebih lanjut tentang masalah yang dialaminya.

Tanpa memberi perincian lanjut, Remy dalam satu catatan 'Instastories' berasingan di akaunnya menulis tentang ilmu sihir.

Tulis Remy dalam catatan tersebut: "Aku dah tahu semua benda yang kau dah buat. Kalau ada perkara buruk jadi pada keluarga melibatkan sihir, aku tahu apa patut buat".

Bagaimanapun tidak jelas kepada siapakah catatan itu ditujukan kerana Remy tidak mendedahkan identiti 'kau' itu.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan