Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Rawatan A Galak ditanggung Yusof Haslam

Penerbit yang juga pemilik syarikat produksi Skop Productions, Yusof Haslam, memaklumkan pihaknya akan membiayai kos rawatan pelakon, A Galak yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Jumaat lalu (24 Mei) kerana serangan angin ahmar.

Anggaran Waktu Membaca:
Rawatan A Galak ditanggung Yusof Haslam

Yusof Haslam dan A Galak di pelancaran Polis Evo pada 2015. (Gambar: ERA/Twitter)

Diterbitkan : 27 May 2019 06:07PM Dikemas Kini : 27 May 2019 06:14PM

KUALA LUMPUR: Penerbit yang juga pemilik syarikat produksi Skop Productions, Yusof Haslam, memaklumkan pihaknya akan membiayai kos rawatan pelakon, A Galak yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Jumaat lalu (24 Mei) kerana serangan angin ahmar.

Encik Yusof berkata selain menjadi sahabat karibnya sejak lebih tiga dekad lalu, pelakon itu juga sudah dianggapnya sebagai sebahagian daripada keluarga besar Skop Productions.

“Paling penting sekarang adalah proses pemulihannya. Soal lain adalah di bawah tanggungjawab syarikat, terutama kos rawatan, termasuk rawatan susulan,” katanya kepada BH Online.

Mengulas perkembangan kesihatan pelakon itu, Encik Yusof berkata, A Galak sudah mula menunjukkan perkembangan positif, namun masih dalam pemantauan rapi doktor.

“Alhamdulillah, beliau sudah mula menunjukkan perubahan, berbanding beberapa hari lalu. Begitupun, serangan angin ahmar itu menyebabkan pertuturannya kurang jelas.

“Doktor memaklumkan, mungkin tempoh penyembuhannya memerlukan masa yang panjang, namun saya yakin semangatnya kuat untuk cepat sembuh.

“Doktor juga melakukan pemantauan berterusan untuk melihat perkembangan kesihatannya. Sama-sama kita doakan supaya dia kembali sembuh,” katanya.

DISERANG ANGIN AHMAR KERANA TIDAK AMBIL UBAT IKUT JADUAL

A Galak atau nama sebenarnya, Zakaria Ahmad, 78, dikejarkan ke sebuah klinik oleh rakan sekerja di Skop Production Sdn Bhd sebelum dihantar ke HKL, lapor BH Online.

Pelakon yang popular dengan watak Sarjan Misai atau Sarjan Hashim dalam drama bersiri kepolisan, Gerak Khas itu dikatakan berdepan serangan angin ahmar kerana tidak mengambil ubat mengikut jadual.

A Galak yang dilahirkan di Johor dan dibesarkan di Singapura mula terbabit dalam dunia lakonan sejak era 1960an selepas kerap mengikut ibunya, Rokiah Jaafar bekerja di Studio Jalan Ampas.

Bapa kepada lima anak itu seterusnya melangkah ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasib sebagai anak seni sekitar 1980-an dan diterima Encik Aziz Satar sebagai penjaga konti, sebelum ditawarkan peluang berlakon.

Antara filem yang menaikkan namanya adalah Azura, membawakan peranan ayah bergandingan dengan Jamal Abdillah dan Fauziah Ahmad Daud.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan