Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Rakan artis 'bela' Aliff Aziz; Bella gesa netizen hentikan cemuhan

Nama penyanyi kelahiran Singapura yang berkarya di Malaysia Aliff Aziz, baru-baru ini terpalit kontroversi dan hangat diperbualkan. Di tengah-tengah suara kritikan terhadapnya, terdapat juga yang sudi tampil untuk membela Aliff.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakan artis 'bela' Aliff Aziz; Bella gesa netizen hentikan cemuhan

Gambar fail Aliff Aziz di luar mahkamah selepas sah bercerai dengan Bella Astilah (Gambar: Instagram/@diariput, @bellaastilah)

Diterbitkan : 25 Jun 2019 01:57AM Dikemas Kini : 25 Jun 2019 02:06AM

SINGAPURA: Nama penyanyi kelahiran Singapura yang berkarya di Malaysia Aliff Aziz, baru-baru ini terpalit kontroversi dan hangat diperbualkan. Di tengah-tengah suara kritikan terhadapnya, terdapat juga yang sudi tampil untuk membela Aliff.

Seperti dilaporkan media sebelum ini, Aliff, 28 tahun, bercerai dengan isterinya Bella Astillah, 25 tahun, pada pertengahan Mei setelah Aliff berkali-kali dikatakan curang dengan beberapa wanita lain.

Ini bagaimanapun tidak menghalang Bella untuk menulis di media sosial bagi menyuarakan simpati terhadap bekas suaminya itu.

'WALAU APAPUN BELIAU AYAH ANAK SAYA'

Bella, atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, pada Isnin (25 Jun) menyuarakan kesedihannya di Instagram tentang apa yang dilalui Aliff.

"Di sini saya kongsikan sedikit, saya sangat-sangat sedih dengan apa yang menimpa diri Aliff. Walau apapun, he is still the father of my son," mula rintihan Bella.

"Apa yang terjadi sekarang sangat mengejutkan saya dan keluarga. Saya tak dapat menahan sedih dan menghubungi dia pagi tadi and he said dia dianiaya oleh orang yang baru sahaja dia kenal yang terdapat dalam video tersebut hanya untuk mengenakan dia."

Bella merujuk kepada video dan gambar tular baru-baru ini yang menggambarkan bekas suaminya itu bertatu di badan.

View this post on Instagram

Salam, Bella baru sampai Malaysia subuh tadi. And I received a lot of calls, texts, dms and mentioned from ig & twitter berkenaan dengan ex-husband saya, Aliff. Maaf kepada media yang bella tak dapat reply sbb harini bella nak rest kurang sihat����. . . Di sini saya kongsikan sedikit, saya sangat2 sedih dengan apa yang menimpa diri Aliff. Walau apapun he is still the father of my son. Dan sebenarnya sebelum bella berangkat ke Melbourne, Bella bawa Ayden berjumpa dengan dia di Singapore untuk spend time dengan Daddy dia. Apa yang terjadi sekarang sangat mengejutkan saya dan keluarga. Saya tak dapat menahan sedih dan menghubungi dia pagi tadi and he said dia dianiaya oleh orang yang baru shj dia kenal yang terdapat dalam video tersebut hanya untuk mengenakan dia. Wallahualam �� . . Tapi niat dan point utama saya kat sini, Aliff is feeling lost and despair. Perlukah kita bersorak gembira? Adakah kita betul2 tiada hati dan perasaan? Adakah kita atau ahli keluarga kita dah cukup sempurna? Adalah lebih baik kita doa yang baik2 sebab kita sendiri taktahu apa dan bagaimana pengakhiran hidup kita. . . Jangan kita meremehkan hal yang berkenaan dengan depression. Saya selalu beritahu Aliff he can always call/video call Ayden. Anytime. Saya tak berdendam dengan dia, saya dah maafkan dia 100%. Siapalah saya nak menghukum dia. Aliff seorang yang sangat bijak, berilmu tinggi cuma iman dia kurang. Dan kepada siapa pun yang berkawan dengan Aliff sekarang, lindungi dan bantulah dia bukan sebaliknya. Soal tattoo, boleh check ig @leahenna_artist sbb kak Lea yang buat nama Bella tu menggunakan Inai when I was in China tahun 2016 rasanya lama sangat dah. . . Adakah kita rasa puas dan hebat sekiranya apapa terjadi pada Aliff? Nauzubillahminzalik. Kita doa yang baik2 dan comment yang baik2 kat ig dan twitter dia, manatahu dapat bantu dia. Dan semoga Aliff kembali sihat, mudah mudahan. Be strong @aliffaziz91

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

Wanita itu kemudian menyeru agar orang ramai menghentikan cemuhan terhadap Aliff yang disifatkan sedang "merasa hilang arah dan putus harapan (lost and despair)" dan merayu agar rakan-rakan Aliff membantunya yang sedang "kemurungan".

"Jangan kita meremehkan hal yang berkenaan dengan depression. Saya selalu beritahu Aliff he can always call/video call Ayden. Anytime," tulis Bella.

"Aliff seorang yang sangat bijak, berilmu tinggi cuma iman dia kurang. Dan kepada siapa pun yang berkawan dengan Aliff sekarang, lindungi dan bantulah dia bukan sebaliknya."

'TAK BANGGAKAN' ALIFF, TAPI TAHU KESAN KEMURUNGAN

Selain Bella, pelakon Nick Mikhail turut menulis di Instagram semalam berkenaan isu Aliff Aziz.

Nick menekankan Aliff memang banyak buat kesalahan dan beliau tidak sesekali ingin menegakkan benang yang basah, namun beliau mempersoalkan sama ada mencemuh dan mempersendakan seseorang adalah cara terbaik untuk membantu.

"Saya tidak katakan apa yang berlaku adalah betul tapi jika semua menjatuhkan seseorang, bagaimana beliau akan bangkit semula?," tanya Nick.

"Jika kita putus harapan terhadapnya dan biarkan beliau merana, apa yang ingin kita jawab pada Tuhan kerana tidak menasihatkannya dan menyokongnya untuk berubah?"

Nick, yang dalam catatannya merujuk kepada Aliff sebagai seorang adik ("Brother"), menegaskan bahawa kesilapan yang Aliff lakukan tidak sesekali boleh dibanggakan, namun beliau akur tentang kesan kemurungan terhadap kehidupan seseorang.

"Lap muka mu dan bangkit. Bangkit dengan lebih bersemangat dari dahulu, Adik. Kepada mereka yang menularkannya dan menghinanya, ingat, perjalanan hidup, tiada orang yang boleh ramalkan. Bagaimana pula jika ini berlaku kepada anda?" pesan Nick.

"Saya tidak sokong apa yang anda lakukan sekarang, tapi saya tidak akan berputus asa terhadap anda, @aliffaziz91"

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan