Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakaman episod terakhir OK Syiok! di WGS pikat 1,000 penonton

Rancangan hiburan dan pendidikan OK Syiok! melabuhkan tirainya dengan rakaman episod terakhir di Wisma Geylang Serai petang tadi (15 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Rancangan hiburan dan pendidikan OK Syiok! melabuhkan tirainya dengan rakaman episod terakhir di Wisma Geylang Serai petang tadi (15 Sep).

Tetamu terhormat, Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar Dr Mohamad Maliki Osman meluangkan masa bersama penonton untuk menyaksikan rakaman tersebut.

Beliau mendedahkan bahawa lima episod OK Syiok! yang sudah ditayangkan sejauh ini berjaya mendapat sambutan menggalakkan.

Rakaman episod terakhir OK Syiok! di WGS, kata Dr Maliki, "memang bermakna" kerana ia tempat di mana rancangan itu dilancarkan serta memberi peluang lebih ramai orang menyertai program tersebut.

Dua hos rancangan OK Syiok!, Suhaimi Yusof dan Khairudin Samsudin, turut dipuji Dr Maliki atas kebolehan mereka membuat penonton tidak kering gusi, sekali gus mendorong penonton untuk mengikuti rancangan mengenai dasar-dasar dan program Pemerintah.

"Saya harap para hadirin juga mendapat faedah daripada mesej-mesej yang diselitkan mengenai rancangan-rancangan dan dasar-dasar Pemerintah menerusi interaksi antara hos dan artis-artis yang lain setiap minggu," kata beliau.

1,000 PENONTON DIHIBURKAN ARTIS-ARTIS TERKENAL

Rakaman episod terakhir OK Syiok! turut diserikan dengan selebriti-selebriti terkenal seperti Aaron Aziz, Jatt Ali, Sufi Rashid, Huda Ali, Iskandar Ismail dan kumpulan dikir barat Andika di hadapan 1,000 penonton hari ini.

Diterbitkan Mediacorp dengan kerjasama Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), OK Syiok! adalah sebahagian daripada usaha berterusan MCI untuk lebih mendampingi masyarakat Melayu dalam cara yang segar dan menghiburkan.

"Saya berharap rancangan ini telah dapat menghiburkan masyarakat Melayu, dan semoga para hadirin menghargai usaha pendekatan masyarakat sebegini," kata Dr Maliki, yang juga Datuk Bandar CDC Tenggara.

(Gambar-gambar: Mediacorp Suria)

500 penonton pertama juga diberikan beg cenderahati eksklusif setiap seorang.

Rakaman bagi episod ke-10 itu akan ditayangkan pada 23 Oktober.

OK Syiok! ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam di Suria, Toggle dan YouTube. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan