Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

'Raja Gelek' M.Daud Kilau masuk hospital kerana sesak nafas

Penyanyi veteran Muhammad Daud Kilau, atau lebih dikenali sebagai M.Daud Kilau, dimasukkan ke Hospital Teluk Intan semalam (12 Nov) selepas mengadu sesak nafas.

Anggaran Waktu Membaca:
'Raja Gelek' M.Daud Kilau masuk hospital kerana sesak nafas

Penyanyi veteran M.Daud Kilau, dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 13 Nov 2020 08:57AM Dikemas Kini : 13 Nov 2020 08:58AM

TELUK INTAN: Penyanyi veteran Muhammad Daud Kilau, atau lebih dikenali sebagai M.Daud Kilau, dimasukkan ke Hospital Teluk Intan semalam (12 Nov) selepas mengadu sesak nafas.

Menurut anak beliau, Ahmad Zaini, bapanya yang berumur 82 tahun itu mengadu sesak nafas sejak Rabu (11 Nov) dan dibawa ke Klinik Kesihatan Bagan Datuk untuk mendapatkan rawatan sebelum kembali sesak nafas semula pagi semalam (12 Nov).

"Kami membawanya ke klinik tetapi dihantar ke HTI dengan ambulans dan mendapatkan rawatan di unit kecemasan sebelum dipindahkan ke wad pada jam 3.15 petang. Keadaan ayah agak lemah tetapi stabil. Dia juga boleh bercakap," katanya semasa dihubungi pihak media.

Ahmad Zaini turut berharap orang ramai dapat mendoakan kesihatan ayahnya yang berdepan masalah kesihatan sejak empat tahun lalu.

Pelantun lagu Cek Mek Molek yang juga sering dirujuk sebagai Raja Gelek itu menghidap penyakit kencing manis, tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta pinggang, selain keadaan jantung tidak stabil. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan