Raisa bakal timang cahaya mata sulung
Tidak lama lagi, penyanyi terkenal asal Indonesia, Raisa, bakal menimang cahaya mata pertamanya.
INDONESIA: Tidak lama lagi, penyanyi terkenal asal Indonesia, Raisa, bakal menimang cahaya mata pertamanya.
Itulah yang diungkapkan penyanyi berumur 28 tahun itu menerusi laman Instagram baru-baru ini.
"Alhamdulillah, sudah tidak sabar untuk bertemu dengan mu si kecil. Terima kasih buat semua cinta dan doanya," tulis Raisa.
Raisa mendirikan rumah tangga dengan, Hamish Daud, yang juga merupakan seorang pengacara televisyen dan arkitek pada 3 September tahun lalu, lapor Tribun Seleb.
Bagi merakam kenangan manis itu, Raisa turut memuat naik satu video di YouTube. Dalam video tersebut, Raisa menunjukkan saat-saat beliau memberitahu suaminya tentang khabar gembira itu.
Hamish memeluk erat isterinya. Turut dipaparkan dalam video itu adalah saat-saat Raisa dan suaminya menjalani pemeriksaan bagi kandungannya.
Menurut Tribun Seleb, Raisa dan Hamish turut merakam detik-detik ketika mereka memberitakan kehamilannya kepada keluarga masing-masing.
"Tuhan memberikan kami berkah cinta. Dan dari cinta, Dia mempercayakan kami sebuah cahaya kecil yang semakin tumbuh kuat, dari kami yang akan belajar tentang erti cinta tanpa syarat.
"Tetap kuat dan sehat, belahan jiwa kecil kami," tulis Raisa dalam kapsyen yang disertakan dalam video tersebut seperti ditukil Tribun Seleb.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.