Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Prebet Sapu dipilih wakili Malaysia ke Anugerah Oscars ke-94

Filem cereka Prebet Sapu (Hail,Driver!) secara rasminya dipilih untuk mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik di Anugerah Akademi (Oscars) ke-94, lapor Malaysiakini.

Anggaran Waktu Membaca:
Prebet Sapu dipilih wakili Malaysia ke Anugerah Oscars ke-94

(Gambar: Hafiz Rashid/Instagram)

Diterbitkan : 04 Nov 2021 11:29AM Dikemas Kini : 04 Nov 2021 11:30AM

KUALA LUMPUR: Filem cereka Prebet Sapu (Hail,Driver!) secara rasminya dipilih untuk mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik di Anugerah Akademi (Oscars) ke-94, lapor Malaysiakini.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), dalam satu kenyataan memaklumkan, karya terbitan syarikat produksi Le Mediator Studio, Kristal Azmir Sdn Bhd dan Konda Kondi Studio itu merupakan garapan sulung pengarah muda Muzammer Rahman.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memaklumkan Prebet Sapu dijangka bersaing merebut Oscars pada festival yang dijadual berlangsung 27 Mac 2022 di Los Angeles, Amerika Syarikat, lapor Malaysiakini.

“Pemilihan filem Prebet Sapu dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Filem Finas yang terdiri daripada para penggiat industri filem tempatan bertaraf profesional dan berpengalaman melalui proses penilaian terperinci berdasarkan kriteria perfileman seperti pengarahan, penceritaan, sinematografi, lakon layar, lakonan, adunan bunyi, skor muzik, penataan seni dan suntingan filem serta pematuhan kepada peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh pihak penganjur Oscars,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu (3 Nov).

Prebet Sapu diterajui bintang utama Amerul Affendi dan Mei Fen Lim selain penampilan istimewa seperti Bront Palarae, Sharifah Amani, Nam Ron, Nadiya Nisaa, Chew Kin Wah, Jay Iswazir, Anas Ridzuan serta Roslan Madun.

Filem yang berwarna hitam putih sepenuhnya itu juga mewakili Malaysia di pelbagai festival filem antarabangsa.

Antaranya termasuklah Festival Filem Udine Far East, Itali, Festival Filem Asia Jogja-Netpac (JAFF) Indonesia, Festival Filem Asia Toronto Reel, Kanada, Festival Filem Asia Barcelona, Sepanyol, dan Festival Filem Antarabangsa Inovatif di India.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan