Powerpuff Girls kembali dalam siri aksi langsung sebagai watak 20-an tahun
Powerpuff Girls bakal kembali menemui penonton - tetapi kali ini, mereka bukan lagi kanak-kanak kecil dan comel yang memerangi jenayah.
SINGAPURA: Powerpuff Girls bakal kembali menemui penonton - tetapi kali ini, mereka bukan lagi kanak-kanak kecil dan comel yang memerangi jenayah.
Sebaliknya, Blossom, Bubbles dan Buttercup kini ditampilkan sebagai watak-watak "dewasa berusia 20-an tahun yang kesal mereka tidak puas melalui zaman kecil kerana memerangi jenayah" menurut keterangan program itu.
Oh, mereka juga bukan lagi watak animasi.
Siri animasi kegemaran ramai itu akan diceritakan semula dalam bentuk aksi langsung atau 'live-action', dan rancangan tersebut sedang dibangunkan di CW, rangkaian yang juga membawakan siri Riverdale.
Diablo Cody (Juno) dan Heather Regnier (iZombie dan Veronica Mars) merupakan penulis dan penerbit eksekutif rancangan itu. Manakala Greg Berlanti dan Sarah Schechter, yang terlibat dalam siri Chilling Adventures Of Sabrina and the Arrowverse, serta David Madden turut berperanan sebagai penerbit eksekutif.
Dalam versi baru Powerpuff Girls ini, ketiga-tiga watak sudah meningkat dewasa dan kesal kerana mereka menghabiskan waktu kecil mereka untuk memerangi jenayah di bandar Townsville, Amerika Syarikat. "Adakah mereka akan setuju untuk bergabung lagi sekarang ketika dunia lebih-lebih lagi memerlukan mereka kini?" menurut keterangan program itu.
Siri animasi asal berlangsung selama enam musim, dari 1998 hingga 2005. Ketiga-tiga adik beradik usia tadika itu memperoleh kuasa adiwira selepas bapa mereka, seorang saintis, Profesor Utonium menggabungkan gula, rempah ratus dan bermacam lagi dengan Kimia X yang diselubungi misteri.
Rancangan ini kemudian dilancarkan semula pada 2016 dan dimaikan hingga Jun 2019. Versi itu memberi tumpuan kepada kehidupan adik-beradik itu ketika mereka tidak memerangi jenayah.
Sebuah filem juga dikeluarkan pada 2002.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.