Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pontianak jelma semula demi 'dendam' lebih 60 tahun

Setelah lebih 60 tahun, satu lagi filem Melayu bertemakan Pontianak yang diterbitkan oleh sebuah syarikat di Singapura kembali "menghantui" pawagam di rantau ini.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Setelah lebih 60 tahun, satu lagi filem Melayu bertemakan Pontianak yang diterbitkan oleh sebuah syarikat di Singapura kembali "menghantui" pawagam di rantau ini.

Kali ini "Dendam Pontianak" menjadi taruhan syarikat penerbitan Tiger Tiger Pictures yang membariskan para pelakon handalan dari Singapura dan Malaysia termasuk Nur Fazura, Remy Ishak, Hisyam Hamid dan Shenty Feliziana.

Ia juga hasil gabungan sentuhan magis pengarah filem tempatan, Glen Goei dan Gavin Yap dari Malaysia.

BERITA Mediacorp sempat bertemu empat mata dengan barisan pelakon filem tersebut sebelum tayangan perdananya di Capitol Theatre pada Selasa (27 Ogos).

Pelakon Malaysia, Nur Fazura, berkongsi sedikit tentang watak utama Mina yang dijayakannya dalam filem tersebut: "Dia mabuk cinta, yang mengharapkan cinta sejati tapi cinta itu tidak kesampaian dan sesuatu tragis telah terjadi kepada dia dan dia kembali menuntut haknya dan membalas dendam."

Shenty, yang memegang watak Siti, pula mendedahkan sedikit ciri 'unik' pontianak dalam filem ini.

"Pontianak ini tidak mengilai. Kita tidak akan dengar mungkin pontianak ini mengilai seperti cerita-cerita Pontianak yang sebelumnya," kata beliau.

"Dari perspektif saya sendiri, watak ini (Siti) dapat melihat sudut feminisme kerana saya dapat merasakan sendiri perwatakan Siti dan Mina, bagaimana seorang wanita. Saya sendiri rasa sedih bagaimana pontianak itu menjadi pontianak."

Menarik perhatian bahawa Dendam Pontianak filem ini yang pertama bertemakan pontianak yang diterbitkan di Singapura sejak 61 tahun, Hisyam melahirkan harapan agar ia diterima "setiap lapisan masyarakat".

"Setelah 61 tahun, mudah-mudahan para penonton di Singapura mahupun orang Melayu ke orang Cina ke. Tak kisah apa bangsa pun saya rasa ini adalah satu cerita yang boleh difahami oleh setiap lapisan masyarakat, boleh menghiburkan setiap lapisan masyarakat," ujar beliau.

"Hisyam harapkan mereka dapat menerima cerita ini dengan hati yang terbuka, dengan minda yang terbuka bila mereka datang ke pawagam untuk menonton dan mudah-mudahan dapat sambutan yang baik daripada para penonton di Singapura."

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan