Polis Indonesia buru 45 artis terlibat dalam pelacuran online
Polis Indonesia mendedahkan pihak berkuasa negara itu sedang memburu lagi 45 artis yang turut disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran yang ditawarkan menerusi wadah online.
JAKARTA: Polis Indonesia mendedahkan pihak berkuasa negara itu sedang memburu lagi 45 artis yang turut disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran yang ditawarkan menerusi wadah online.
Menurut laman berita TribunNews, pihak polis mendapati berpuluh-puluh artis terlibat dalam kegiatan tersebut dengan mengenakan bayaran antara 25 juta rupiah (S$2,410) hingga 300 juta rupiah (S$28,960).
"Ada 45 artis dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran ini," kata Pegawai Polis Jawa Timur, Inspektor Jeneral Luki Hermawan, seperti yang dipetik oleh TribunNews. "Dua artis sudah diperiksa, yang lainnya kemungkinan menyusul untuk diperiksa."
Pada Sabtu (5 Jan), dua selebriti Indonesia - Vanessa Angel, 27 tahun, dan Avriellia Shaqqila, 25 tahun - diberkas kerana dipercayai melakukan kegiatan pelacuran dalam talian. Menurut laporan media tempatan, kedua-dua selebriti itu diberkas di dua bilik berlainan di sebuah hotel di Surabaya.
Laman berita Detik melaporkan bahawa siasatan awal menunjukkan Vanessa meminta bayaran 80 juta rupiah (S$7,620) manakala Avriellia pula mengenakan bayaran 25 juta rupiah (S$2,380) bagi khidmat melayani pelanggan.
TribunNews turut menukil Encik Hermawan sebagai berkata polis sudah mengenal pasti dua 'ibu ayam' yang terlibat dalam kegiatan pelacuran artis itu. Mereka ialah Endang, 37 tahun, dan Tantri, 28 tahun, yang berasal dari Jakarta Selatan. Kedua-duanya dipercayai menggunakan nama alias ES dan TN.
Selain pelakon filem, sekitar 100 peragawati tempatan turut terlibat dalam kegiatan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.