Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Phua Chu Kang hasilkan lagu rap baru bagi tangani COVID-19

Anda masih ingat lagi pada lagu rap 'Sar-Vivor' yang cukup ikonik dan menjadi siulan ramai semasa wabak SARS pada 2003?

Anggaran Waktu Membaca:
Phua Chu Kang hasilkan lagu rap baru bagi tangani COVID-19

Petikan video rap COVID-19 Phua Chu Kang. (Gambar: YouTube/govsingapore)

Diterbitkan : 24 Mar 2020 10:32PM Dikemas Kini : 24 Mar 2020 10:40PM

SINGAPURA: Anda masih ingat lagi pada lagu rap 'Sar-Vivor' yang cukup ikonik dan menjadi siulan ramai semasa wabak SARS pada 2003?

Lagu rap yang popular pada ketika itu dinyanyikan oleh watak komedi, Phua Chu Kang.

Kini, beliau tampil dengan satu lagi lagu rap - kali ini bagi menangani penularan wabak COVID-19 yang berlaku sekarang.

Dalam video YouTube yang dimuat naik pada Ahad (22 Mac), watak Phua Chu Kang yang dilakonkan oleh pelakon Gurmit Singh dilihat berkongsi tentang tips menjaga kebersihan diri menerusi lagu bertajuk "Singapore Be Steady'.

"Pertama sekali, jangan gelabah, jangan bingung/ Periksa sumber dan kongsi berita," demikian antara lirik lagu bahasa Inggeris yang merujuk kepada situasi berita palsu yang dikongsi secara meluas di wadah media sosial dan WhatsApp.


Menerusi lagu itu juga, Phua Chu Kang menyindir perbuatan sesetengah orang yang memborong barangan dapur dan melakukan pembelian panik baru-baru ini.

Mi segera dan tisu tandas merupakan antara barangan dapur yang menjadi rebutan sesetengah rakyat Singapura di pasar-pasar raya.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan