Images
  • pete
    Pete Doherty.

Pete Doherty diberkas di Paris kerana miliki kokain

PARIS: Penyanyi rock warga Britain, Pete Doherty diberkas di Paris pada Jumaat, setelah didapati membeli kokain, menurut sumber polis Perancis kepada AFP.

Bekas anggota kumpulan Libertines itu cuba melawan ketika ditahan, tetapi berjaya diberkas pada awal pagi Jumaat. Pada ketika itu, dia memiliki dua paket kokain. Menurut sumber, salah satu daripadanya sudah digunakan oleh Doherty.

Doherty, 40 tahun, yang berada dalam keadaan mabuk, berusaha memusnahkan dadah berkenaan, sebelum dia diberkas.

Doherty sering mendapat liputan media atas pelbagai kesalahan dadah.

Pada 2012, penyanyi itu dibuang dari pusat pemulihan di Thailand selepas didakwa memberi pengaruh buruk kepada pesakit lain, dan tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menghapuskan ketagihannya.

- AFP/NA/na

Top