Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pesta Rima Irama anjuran BERITAmediacorp tarik perhatian masyarakat dari setiap peringkat usia

Seni dikir barat boleh dijadikan wadah untuk merapatkan hubungan antara anak muda dan warga senja kita.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Seni dikir barat boleh dijadikan wadah untuk merapatkan hubungan antara anak muda dan warga senja kita.

Setiausaha Parlimen Kanan Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga, Profesor Madya Faishal Ibrahim berkata demikian di Pesta Rima Irama anjuran BERITAmediacorp semalam (6 Okt).

Menurutnya lagi, ia kerana bahasa Melayu yang digunakan serta minat yang dikongsi bersama bagi melestarikan seni budaya tersebut.

Suasana di dewan utama Wisma Geylang Serai meriah dengan irama muzik dikir barat yang digabungkan dengan ciri-ciri moden seperti rap.

Acara yang dianjurkan sempena Bulan Bahasa itu berjaya menarik sekitar 500 pengunjung sepanjang hari acara diadakan dari 12 tengah hari hingga 8 malam.

Ramai yang hadir teruja kerana berpeluang sedikit sebanyak mencedok selok-belok penulisan lirik dan penyusunan lagu daripada barisan pakar dari dalam dan luar negeri.

Antaranya rapper dan penulis lagu yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat pemuzik muda, Altimet.

Menurut beliau: "Saya rasa ia satu acara yang berjaya. Saya rasa sebab ia lebih kurang majlis ilmu, ilmu berkarya dalam satu cara yang kreatif dengan cara santai, bukan dalam kelas ataupun kuliah. Mungkin, ia boleh menarik lebih ramai orang, bukan sahaja untuk berkarya tetapi lebih ramai orang untuk menilai karya tempatan yang berkualiti."

Kerjasama BERITAmediacorp dalam usaha memelihara dan melestarikan seni dikir barat ini menurut Dr Faishal menyemarakkan lagi peranan WGS sebagai hab budaya masyarakat Melayu.

"Ini adalah penting, bagaimana badan-badan Melayu kita seperti WGS dan BERITAmediacorp sama-sama menganjurkan pesta pada hari ini untuk mendekati golongan belia, kita boleh lihat bagaimana kita boleh mengadakan ciri-ciri bahasa, budaya, kesusasteraan bersama dengan kesenian dan juga hiburan, yang boleh dicampuradukkan bersama untuk mendekati golongan belia kita," ujar Dr Faishal.

Lebih daripada sekadar menikmati persembahan, pelbagai kegiatan yang menyelitkan unsur bahasa dan budaya juga disediakan untuk para pengunjung.  

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan