Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pesta muzik ChillFest@TheGreen dibatalkan 10 hari sebelum acara

Pesta muzik sehari, ChillFest@The Green yang menampilkan para penyanyi seperti Boyce Avenue dan Charlie Lim, dibatalkan kerana diramalkan mendapat sambutan kurang menggalakkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesta muzik ChillFest@TheGreen dibatalkan 10 hari sebelum acara

Boyce Avenue (kiri) dan Charlie Lim. (Gambar: Boyce Avenue/Charlie Lim/Facebook)

Diterbitkan : 10 Oct 2019 11:38AM Dikemas Kini : 10 Oct 2019 11:41AM

SINGAPURA: Pesta muzik sehari, ChillFest@The Green yang menampilkan para penyanyi seperti Boyce Avenue dan Charlie Lim, dibatalkan kerana diramalkan mendapat sambutan kurang menggalakkan.

Pesta itu, yang dianjurkan untuk menggalak kemampanan alam sekitar, dijadual berlangsung di Fort Canning Park pada 19 Okt.

Ia perlu dibatalkan kerana jumlah pengunjung yang diramalkan datang "lebih rendah daripada paras yang dijangkakan", menurut para penganjur dalam satu kenyataan media pada Rabu (9 Okt).

Tiket pesta itu, yang sepatutnya termasuk sesi yoga dan ceramah tentang alam sekitar, berharga S$228 (bebas bergerak) dan S$118 (harga biasa).

Apabila ditanya tentang jumlah pengunjung yang diharapkan, seorang jurucakap berkata: "Dengan tempat seperti Fort Canning dan persembahan oleh antara bakat-bakat yang menarik, kami menjangkakan 4,000 hingga 5,000 orang. Bagaimanapun, jumlah tersebut (sehingga hari ini) tidak mencapai jangkaan kami."

Pihak penganjur bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah tiket yang sudah dijual.

Para individu yang sudah membeli tiket bagi acara itu akan dimaklumkan menerusi emel.

Para pemegang tiket perlu menghantar butiran peribadi dan maklumat tiket kepada pihak penganjur untuk mendapatkan bayaran semula.

Menurut pihak penganjur, wang tersebut akan dikembalikan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh pihaknya menerima butiran-butiran tersebut, sambil menambah bahawa tempoh bagi mengembalikan wang akan bermula mulai 19 Okt sehingga hujung bulan ini.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan