Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Peserta program realiti Pencetus Ummah mohon maaf ceraikan isteri yang hamil

Bekas peserta program realiti Malaysia Pencetus Ummah (PU), Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, akhirnya memohon maaf di ruangan komen Instagram selepas beberapa hari nama beliau menjadi buah mulut netizen.

Anggaran Waktu Membaca:
Peserta program realiti Pencetus Ummah mohon maaf ceraikan isteri yang hamil

PU Abu dan bekas isterinya. (Gambar: Astro Awani)

Diterbitkan : 22 Apr 2019 11:40PM Dikemas Kini : 22 Apr 2019 11:41PM

KUALA LUMPUR: Bekas peserta program realiti Malaysia Pencetus Ummah (PU), Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, akhirnya memohon maaf di ruangan komen Instagram selepas beberapa hari nama beliau menjadi buah mulut netizen.

Muhammad Abu Sufyan atau lebih dikenali sebagai PU Abu mengakui kesilapannya menceraikan isteri yang sedang hamil, lapor Astroi Awani.

“Saya memohon maaf di atas kesalahan menceraikan isteri ketika mengandung dan amat menyesali keterlanjuran dilakukan,” tulisnya.

Dalam pada itu, PU Abu turut memohon maaf kepada bekas isteri dikenali sebagai Aina Fini dan keluarga mertua kerana bersikap tidak adil terhadap mereka.

Awal dari itu, menurut Astro Awani, tular di media sosial bahawa Aina Fini mendakwa diceraikan oleh suaminya kerana kehadiran orang ketiga yakni seorang janda berusia 24 tahun.

Aina Fini mendakwa diceraikan kerana tidak bersetuju untuk berpoligami dan ketika itu beliau sedang sarat hamil tujuh bulan anak sulung hasil perkahwinan dengan PU Abu, seperti ditukil oleh Astro Awani.

Ketika diminta mengulas mengenai dakwaan tersebut, PU Abu tidak menafikan sudah menceraikan isterinya namun memohon maaf kerana tidak dapat memberi komen lanjut memandangkan beliau berada di Mekah.

“Saya minta maaf. Buat masa ini, (saya) mahu fokus dengan kerja di Makkah. Akan buat kenyataan pada 24 atau 25 April nanti,” katanya kepada pihak media.

Menurut Astro Awani, berdasarkan tinjauan Gempak di Instagram PU Abu, ruangan komen media sosial tersebut sudah ditutup kepada umum.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan