Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Personaliti YouTube Dee Kosh mohon maaf atas dakwaan gangguan seksual

Personaliti YouTube dan radio Dee Kosh menulis permohonan maaf yang panjang lebar menerusi catatannya di media sosial berhubung dakwaan yang baru-baru ini timbul bahawa beliau melakukan gangguan seksual terhadap remaja-remaja lelaki.

Anggaran Waktu Membaca:
Personaliti YouTube Dee Kosh mohon maaf atas dakwaan gangguan seksual

(Gambar: Instagram/deekosh)

Diterbitkan : 18 Aug 2020 04:10PM Dikemas Kini : 18 Aug 2020 04:16PM

SINGAPURA: Personaliti YouTube dan radio Dee Kosh menulis permohonan maaf yang panjang lebar menerusi catatannya di media sosial berhubung dakwaan yang baru-baru ini timbul bahawa beliau melakukan gangguan seksual terhadap remaja-remaja lelaki.

Lelaki berusia 32 tahun, dengan nama sebenar Darryl Ian Koshy itu, pada mulanya menolak semua dakwaan di catatan Instagram Stories beliau pada Sabtu (15 Ogos) di mana beliau juga berkata beliau akan "mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi menyelesaikan semua ini".

Bagaimanapun, dalam catatannya di media sosial pada petang Isnin, Dee Kosh mengaku "ada kebenaran pada sesetengah perkara yang diperkatakan sekarang, dan saya memohon maaf kepada orang-orang yang sudah saya sakiti dalam proses ini".

Beliau menyentuh tentang perbualan dengan seorang remaja 15 tahun yang kini diakui sebagai "bermasalah" dan "tidak sesuai". Beliau mengaku nada yang digunakan "boleh dipersoalkan" tetapi menyangkal dakwaan yang mengatakan beliau melakukan antun seksual dengan remaja berkenaan.

Beliau juga menjelaskan beliau "tidak pernah mengadakan hubungan seksual dengan remaja itu atau mana-mana budak bawah umur".

Dee Kosh turut menolak dakwaan beliau melanggani beberapa app 'dating' dan menyangkal beliau menggunakan syarikat pengurusan bakatnya untuk mendapatkan khidmat seks.

Polis mengesahkan kepada Mediacorp bahawa aduan-aduan sudahpun dibuat ke atas Dee Kosh dan siasatan sedang dijalankan.

Dakwaan-dakwaan mengenai salah laku seksual kali pertama timbul di media sosial pada Sabtu dengan sebilangan yang didakwa adalah mangsa memuat naik petikan-petikan skrin perbualan mereka bersama personaliti itu.

Dee Kosh berkata dalam kenyataannya beliau "bertanggungjawab secara peribadi" atas tindakannya dan beliau kini akan melakukan sedaya upaya "untuk menjadi lebih baik".

Dee Kosh dikenali melalui saluran YouTube beliau, di mana beliau memiliki lebih 380,000 pelanggan. Beliau juga penyampai radio Power 98, meskipun kini diberi cuti menyusuli siasatan yang dijalankan ke atasnya. Dalam kenyataannya, stesen radio itu menjelaskan pihaknya "tidak bertolak ansur terhadap apa saja bentuk gangguan".

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan