Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Percintaan Priyanka Chopra, Nick Jonas bak filem Bollywood; kian intim di S'pura

Meski sudah mencipta nama di peringkat antarabangsa, pelakon jelita Bollywood, Priyanka Chopra memilih untuk meluangkan masa bersama teman lelakinya di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Percintaan Priyanka Chopra, Nick Jonas bak filem Bollywood; kian intim di S'pura

Priyanka Chopra bersama teman lelakinya, Nick Jonas.

Diterbitkan : 06 Aug 2018 05:51PM Dikemas Kini : 06 Aug 2018 05:55PM

SINGAPURA: Meski sudah mencipta nama di peringkat antarabangsa, pelakon jelita Bollywood, Priyanka Chopra memilih untuk meluangkan masa bersama teman lelakinya di Singapura.

Menurut the Hindustan Times, Priyanka dan penyanyi Nick Jonas tiba di Lapangan Terbang Changi bersama-sama sebelum berpesta di sebuat pusat hiburan di sini.

Nick Jonas terbang ke Singapura atas urusan kerja iaitu menghiburkan festival muzik serantau sempena sebuah majlis e-sukan. Priyanka pula memutuskan untuk menemani Nick Jonas.

Menurut sumber-sumber yang tidak dinamakan, mereka tiba dengan berpegangan tangan namun sangat berhati-hati bagi mengelak daripada perhatian orang ramai di Lapangan Terbang Changi.

Sebelum ini, Priyanka turut menemani Jonas ke Brazil. Jonas pula dilaporkan sudah dibawa bertemu dengan ibu bapa pelakon utama Quantico itu di India.

Jarak usia Priyanka Chopra bersama kekasihnya, Nick Jonas, adalah 11 tahun.

Ada pihak mendakwa, Priyanka, 36 tahun, meraikan hari lahirnya dengan bertunang dengan Jonas.

Majalah People difahamkan, Nick Jonas memang gemar berpacaran dengan wanita yang lebih berusia daripadanya.

Sebelum ini, Nick Jonas menjalin hubungan dengan Kate Hudson yang berusia 37 tahun ketika beliau bercinta dengan Jonas.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan