Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi Zaleha Hamid diserang angin ahmar, kini dalam proses pemulihan

Baru beberapa minggu yang lalu, penyanyi dangdut terkenal Zaleha Hamid atau yang mesra dipanggil 'Mama Zaleha' menghiburkan orang ramai dalam program Gegar Vaganza.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi Zaleha Hamid diserang angin ahmar, kini dalam proses pemulihan

Gambar ihsan: Zaleha Hamid

Diterbitkan : 28 Dec 2019 09:54PM Dikemas Kini : 28 Dec 2019 09:59PM

KUALA LUMPUR: Baru beberapa minggu yang lalu, penyanyi dangdut terkenal Zaleha Hamid atau yang mesra dipanggil 'Mama Zaleha' menghiburkan orang ramai dalam program Gegar Vaganza.

Di konsert akhir yang diadakan di Dewan MBSA, Shah Alam, beliau kelihatan sihat dan ceria sambil melayan keletah pengacara rancangan Nabil Ahmad dan juga Jihan Muse.

Namun, Astro Awani melaporkan mendapat khabar beliau diserang angin ahmar ringan dan kini sedang dalam proses pemulihan.

Suaminya, Ungku Ismail, 54, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa isterinya terjatuh di dalam bilik air pada jam 5.00 pagi Isnin lalu (23 Dis).

"Pada mulanya tiada tanda terkena ‘minor stroke’, namun saya berasa tidak sedap hati jadi saya hubungi dia namun anak yang angkat panggilan saya.

"Saya terus minta cuti separuh hari dan bawa Mama ke klinik sebelum diminta untuk merujuk kepada Hospital Besar," kata beliau ketika dihubungi Astro AWANI.

Oleh disebabkan angin ahmar itu, bahagian kanan muka, serta tangan dan kaki kirinya Zaleha tidak dapat digerakkan seperti biasa.

Suaminya turut berkongsi bahawa beliau kini sedang menetap di rumah adiknya buat sementara waktu kerana mudah untuk menjalani terapi, lapor Astro AWANI.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan