Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi veteran Zaleha Hamid semakin uzur sejak dua bulan lalu

Kesihatan penyanyi vateran bersuara emas, Zaleha Hamid, 65, semakin merosot sejak dua bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi veteran Zaleha Hamid semakin uzur sejak dua bulan lalu

(Gambar: BHOnline)

Diterbitkan : 09 May 2020 12:16PM Dikemas Kini : 09 May 2020 01:38PM

JOHOR BAHRU: Kesihatan penyanyi vateran bersuara emas, Zaleha Hamid, 65, semakin merosot sejak dua bulan lalu.

Zaleha yang popular dengan lagu duet Raya Inang Di Aidilfitri bersama Allahyarham Sudirman Haji Arshad itu, kini hanya mampu terlantar di atas katil tanpa sebarang patah perkataan keluar dari mulutnya, menurut laporan BH Online.

Suaminya, Ungku Sulaiman Ungku Aziz berkata keadaan Zaleha kini memerlukan perhatian rapi.

Malah, beliau terpaksa berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan demi menjaga isterinya.

"Sejak kena serangan angin ahmar Disember tahun lalu, bahagian kiri anggota badan tidak berfungsi tetapi mama masih boleh bercakap dan menggerakkan anggota badan sebelah kanan.

"Tapi sejak dua bulan lalu, anggota badan sebelah kanannya turut lemah serta tidak mampu berbicara. Saya berinteraksi dengannya melalui kerdipan mata, kalau lapar biasanya mama akan berdehem.

"Kini dia hanya bergantung kepada susu khas yang diberikan menerusi tiub sebagai makanan harian.

"Walaupun keadaan mama macam ini, saya yakin dan tidak pernah putus harapan untuk melihat mama sembuh. Rawatan susulan sentiasa dibuat di Hospital Sultanah Aminah (HSA)", katanya ketika ditemui oleh BH Online di kediamannya di Skudai.

Menurut Ungku Sulaiman, tiada persiapan raya dibuat tahun ini bagi dirinya dan anak.

Namun, untuk Zaleha sudah dibeli baju raya berwarna hijau tua secara atas talian.

"Mengenai persiapan raya, tahun ini dengan keadaan kesihatan mama dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiada persiapan raya buat kami.

"Tetapi saya ada beli baju raya untuk mama, Insya-Allah saya harap dia panjang umur dan boleh sihat kerana Mama tidak mempunyai penyakit kronik lain.

Nasib Zaleha mendapat perhatian penyanyi dan pelakon, Betty Banafe yang bersama pasukan sukarelawannya menghulurkan sumbangan barangan runcit dan tunai kepada penyanyi itu.

"Kita kenal kak Zaleha walaupun tidak rapat tetapi ada kenangan dengan kami terutama abang saya penyanyi Kumpulan Lela pada zaman 90-an buat konsert dengan kak Zaleha," kata Betty.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan