Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi veteran Dahlan Zainudin meninggal dunia

Penyanyi Malaysia era 1970-an Dahlan Zainuddin, 78 tahun meninggal dunia di Hospital Selayang pada jam 9.48 malam tadi.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi veteran Dahlan Zainudin meninggal dunia

Dahlan Zainuddin. (Gambar: procorek/Instagram)

Diterbitkan : 28 May 2019 10:43PM Dikemas Kini : 28 May 2019 11:13PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi Malaysia era 1970-an Dahlan Zainuddin, 78 tahun meninggal dunia di Hospital Selayang pada jam 9.48 malam tadi. Demikian disahkan oleh isterinya, Effa Rizan, menurut laporan Utusan Online.

Beliau dalam keadaan tidak sedar selepas diserang angin ahmar ketika masuk waktu berbuka puasa Sabtu lalu.

Penyanyi yang mencipta nama pada tahun 1974 menerusi lagu Kisah Seorang Biduan semasa menyertai Bintang RTM itu mempunyai tiga orang anak.

Menurut Effa Rizan dalam laporan Utusan, jenazah suaminya akan dibawa ke Masjid Bangsar untuk dimandikan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Zohor.

Semasa satu wawancara sebelum ini, isterinya memaklumkan bahawa kesihatan suaminya agak stabil sebelum diserang strok kali kedua, malah Arwah masih mampu memenuhi undangan majlis berbuka puasa bersama anak yatim.

Bahkan sebelum kejadian, beliau dan suaminya sedang berbual sebelum Dahlan secara tiba-tiba senyap dan tidak memberikan sebarang reaksi, lapor laman tersebut lagi.

Allahyarham pernah mencipta sejarah apabila menjadi penyanyi tempatan pertama yang mendapat peluang untuk mengadakan konsert di Stadium Negara pada tahun 1978.

Malah, beliau juga pernah membintangi filem Kisah Seorang Biduan bersama Gaya Zakry dan beberapa pelakon yang lain dan pernah menjadi pengacara dalam rancangan Hiburan Minggu Ini (HMI) sekitar tahun 1970-an.

Berikut ini merupakan antara wawancara yang pernah diadakan dengan Allahyarham pada tahun lalu. 

Allayarham merupakan anak kepada pelakon bangsawan yang pernah berhijrah ke Singapura sewaktu usianya mencecah lapan tahun dan kemudiannya menetap di Kuala Lumpur pada tahun 1965, lapor Utusan Online lagi. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan