Penyanyi Nur Sylvia Ratonel sudah bergelar ibu
Penyanyi, Sylvia Ratonel, selamat melahirkan seorang bayi lelaki.
BERITAMediacorp: Penyanyi, Sylvia Ratonel, selamat melahirkan seorang bayi lelaki.
Sylvia atau nama Islamnya, Nur Sylvia Ratonel, berkongsi berita gembira itu di laman Instagram beliau semalam (6 Feb).
Beliau memuat naik gambar jari-jemari comel bayi lelaki yang diberi nama, Muhd Zyhan Ratonel Bin Muhammad Sufyan, dengan kapsyen yang berbunyi: "Selamat datang ke dunia wahai sayangku."
Sylvia merupakan finalis rancangan realiti Singapore Idol yang berentap dengan Sezairi Sezali dalam musim ketiga.
Beliau memeluk Islam pada tahun 2015 dan turut mengongsi kenangan itu di laman Instagramnya.
Sylvia bernikah dengan suaminya, Sufyan Sam'an, pada bulan Mac 2016.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.